Home Kdrama/Kmovie Nothing Uncovered: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, 7 Nasib Malang Menimpa Kim Ha...

Nothing Uncovered: Sudah Jatuh Ditimpa Tangga, 7 Nasib Malang Menimpa Kim Ha Neul

0

Dalam drama Korea thriller terbaru Nothing Uncovered, Seo Jung Won (Kim Ha Neul) adalah seorang wartawan ternama dan popular yang juga merupakan isteri kepada seorang penulis novel iaitu Seol Woo Jae (Jang Seung Jo). Wanita itu sangat dicintai oleh masyarakat kerana program televisyen yang dikelola olehnya dipenuhi dengan integriti, mengangkat kebenaran, membongkar kejahatan dan juga menyentuh hati ramai pihak.

Walau selalu menjaga integritinya dalam lingkup ruang pekerjaan dan juga dalam menjaga keluarga, Seo Jung Won seakan-akan terus menerus dihantui oleh ketidakadilan dan nasib malang dalam hidupnya.

Apakah dan bagaimanakah nasib malang dan ketidakadilan yang dialami oleh Seo Jung Won? Mari kita sama-sama lihat jawapannya di bawah ini ya!

 

 

04e0bc07 5a2e 4d24 8edc e334186a79d1
1. Oleh sebab latar belakang keluarga dan pekerjaannya sebagai seorang wartawan, Seo Jung Won dibenci oleh ayah mertuanya dan perkahwinannya tidak pernah direstui

 

 

IMG 1028
2. Walau telah mengabdikan diri dan memberi kesetiaannya kepada Seol Woo Jae, Seo Jung Won dicurangi dan disalahkan kerana jarang meluangkan waktu untuk suaminya

Baca lagi: Siapakah Suspek Pembunuhan Misteri dalam “Nothing Uncovered”? Penuh Teka-Teki

 

IMG 1031
3. Oleh kerana pernah membongkar kes rasuah dan suapan Mo Hyung Taek terhadap seorang wartawan, Seo Jung Won telah menjadi sasaran balas dendam ahli politik tersebut

 

 

IMG 0639
4. Walau tidak bersalah, Seo Jung Won dituduh sebagai suspek utama yang membunuh Cha Eun Sae kerana motifnya yang sangat kuat dan rantai lehernya ditemui di tempat kejadian

 

 

80fc2ab8 da7e 4647 985b 04313565c738
5. Akibat terseret dengan kes pembunuhan Cha Eun Sae, program Nothing Uncovered yang dilaksanakan oleh Seo Jung Won mungkin bakal dihentikan dan dia tidak akan naik pangkat

 

 

IMG 1027 1
6. Untuk mendapatkan bantuan mertuanya bagi mempertahankan program tersebut, Seo Jung Won tidak diizinkan untuk bercerai dengan suaminya

 

 

Nothing uncovered
7. Walau telah menyelamatkan pasukannya dengan mengorbankan harga dirinya, tetapi Seo Jung Won telah kehilangan rasa kepercayaan mereka dan Kim Tae Heon

Bukan mendapat sokongan kerana kebaikannya selama ini, semua orang malah memilih untuk menyalahkan Seo Jung Won di saat-saat genting dalam hidupnya.

Mampukah Seo Jung Won bertahan menghadapi segala ketidakadilan yang terus membayanginya? Nantikan sambungan kisahnya di episod baru Nothing Uncovered seterusnya ya!

Baca lagi: 7 Mangsa Kecurangan Rumah Tangga dalam Kdrama 2024, Kebahagiaan Musnah Kerana Orang Ketiga
Baca juga: Kim Soo Hyun Dieksploitasi Oleh 2 Ahli Keluarganya, Diberi Tekanan Oleh Bekas Teman Wanita