Home Kdrama/Kmovie Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu

Comeback Kim Ha Neul Dalam “Nothing Uncovered”, Thriller Misteri Terbaru di Viu

0

Nothing Uncovered ialah sebuah drama thriller misteri baharu yang menampilkan Kim Ha Neul, Yeon Woo Jin, dan Jang Seung Jo sebagai watak utama. Drama ini dijadualkan bersiaran pada 19 Mac 2024 setiap hari Selasa & Rabu di Viu.

Drama ini mengisahkan seorang wartawan yang bertukar menjadi suspek pembunuhan dalam sekelip mata.

IMG 9189

Ini ialah drama “comeback” baharu Kim Ha Neul selepas Kill Heel pada tahun 2022. Pada 2024, aktres jelita Korea kelahiran 1978 ini juga turut mempunyai sebuah lagi drama baharu yang bakal disiarkan bertajuk Red Swan.

Sebelum menonton drama tersebut, jom kita semak daya tarikan Kim Ha Neul dalam drama Nothing Uncovered.

 

Nothing uncovered

1. Nothing Uncovered ialah drama Korea yang ceritanya berdasarkan novel web popular. Drama ini mengisahkan seorang wartawan yang bekerja dengan seorang detektif untuk menyiasat kes pembunuhan.

 

IMG 9200

2. Kim Ha Neul membawa peranan sebagai wartawan bernama Seo Jung Won.  Yeon Woo Jin akan memainkan watak detektif hebat bernama Kim Tae Heon, dan Jang Seung Jo pula akan memainkan watak novelis dan chaebol generasi kedua, iaitu Seol Woo Jae.

 

IMG 9186

3. Wartawan Seo Jung Won lakonan Kim Ha Neul boleh dikatakan mempunyai kehidupan yang sempurna dari segi kerjaya dan cinta. Seo Jung Won terkenal sebagai wartawan yang mempunyai kemahiran analisis yang tinggi, maka tidak hairanlah dia disenangi orang ramai ketika menyampaikan berita.

 

IMG 9190

4. Seo Jung Won bertemu Seol Woo Jae apabila dia patah hati selepas berpisah dengan Kim Tae Heon. Tersentuh dengan keikhlasan dan dedikasi Seol Woo Jae, yang tidak pernah berputus asa, Seo Jung Won akhirnya mahu mengahwininya. Bagaimanapun, selepas dua tahun berkahwin, nasibnya berubah dalam sekelip mata. Seo Jung Won didapati bersalah atas tuduhan membunuh seorang wanita yang ternyata menjalinkan hubungan sulit dengan suaminya.

 

IMG 9207

5. Kerana kes ini, perkahwinan Seo Jung Won dan Seol Woo Jae terputus. Seo Jung Won bertemu semula dengan bekas teman lelakinya, Kim Tae Heon, yang merupakan detektif yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan itu. Mereka bekerjasama untuk mencari pembunuh sebenar.

 

IMG 9203

6. Kim Ha Neul membuka cerita mengapa dia memilih Nothing Uncovered sebagai drama kemunculannya. Pelakon Korea berusia 46 tahun ini berkata bahawa drama ini mempunyai jalan cerita yang menarik dan naratif yang mantap membuatkan dia sangat ingin tahu tentang episod seterusnya.

 

IMG 9193

7. “Sebagai wartawan, saya merasakan nada dan aura watak itu sepatutnya berbeza apabila dia menyiasat berita, ketika mengacarakan rancangan, dan ketika menjalani kehidupan sehariannya,” kata Kim Ha Neul mengenai peranan baharunya sebagai Seo Jung Won, dilaporkan oleh Soompi.

 

IMG 9192

8. “Jadi saya banyak membuat kajian untuk memastikan saya menggambarkan semua aspek ini dengan betul. Selain itu, saya juga cuba menunjukkan perubahan aura watak melalui kostum dan gaya,” sambung Kim Ha Neul.

Itulah beberapa daya tarikan Kim Ha Neul dalam Nothing Uncovered, drama thriller misteri baharunya, bergandingan bersama Yeon Woo Jin dan Jang Seung Jo. 

Drama Nothing Uncovered akan sangat dinantikan kerana plot thrillernya yang mengujakan. Para penonton juga pasti ingin tahu bagaimanakah lakonan dan chemistry mereka bertiga bersaing dalam drama ini? Jadi jangan lupa saksikan Nothing Uncovered bermula 19 Mac 2024 di Viu. Jangan terlepas!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca juga: Terlanjur Cinta, Membariskan Pelakon A-Class, Drama Melayu Viu Original Wajib Tonton Ramadan Ini
Baca juga: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu