Home Kdrama/Kmovie Suka Cerita Misteri Fantasi? Kisah Roh dah Hantu? Tonton 6 Kdrama ini

Suka Cerita Misteri Fantasi? Kisah Roh dah Hantu? Tonton 6 Kdrama ini

0

Drama Korea Midnight Photo Studio (2024) tampil dengan tema berbeza. Mengusung genre misteri, drama ini menceritakan tentang Seo Ki Joo (Joo Won), seorang pemuda yang disumpah untuk melayani permintaan terakhir roh dan hantu di studio gambar miliknya. Sumpahan ini bermula sejak lama dulu kerana nenek moyangnya mencuri kamera keramat milik penguasa dunia roh.

Walaupun drama tema romantik dan aksi mempunyai ramai peminat, drama misteri bertemakan hantu dan roh juga mempunyai pengikut dan penggemar tersendiri. Berikut ini adalah enam pilihan drama Korea yang menampilkan tema sama seperti Midnight Photo Studio khas untuk anda yang sukakan tema hantu.

 

1. Missing: The Other Side (2020 & 2023)

e28b3c18 d9d3 4fbd afd8 7a60025bdd5cDrama misteri Missing: The Other Side mengisahkan tentang sebuah kampung yang dihuni oleh roh mangsa-mangsa kemalangan dan pembunuhan yang jasad mereka belum ditemui. Jang Pan Seok (Heo Joon Ho) dan Kim Wook (Go Soo) adalah dua orang lelaki yang boleh melihat kampung ini dan isinya.
Jang Pan Seok pernah kehilangan anaknya yang tidak berjaya ditemui. Manakala, Kim Wook juga kehilangan ibunya ketika masih kecil hingga dia anak terbuang dan hidup di rumah anak yatim. Mereka akhirnya membantu setiap roh dan mencari jasad yang hilang. Seorang demi seorang penghuni kampung menghilang. Jang Pan Seok dan Kim Wook akhirnya berjaya menemui jawapan misteri ahli keluarga mereka yang hilang.

 

2. May I Help You (2022)

1433f511 4e08 4d51 af76 9ba46dac13c2Baek Dong Joo (Lee Hye Ri) secara tiba-tiba memiliki kebolehan untuk melihat roh. Dia kemudian bekerja sebagai pengurus jenazah di sebuah rumah pemakaman. Roh-roh jenazah yang sedang diuruskan olehnya akan bangkit dan meminta bantuan Baek Dong Joo untuk mengabulkan permintaan terakhir mereka. Menjalani kehidupan berbeza membuatkan Baek Dong Joo hidup terasing. Namun dia bertemu dengan Kim Tae Hee (Lee Jun Young), lelaki yang membantunya menemui erti di sebalik kebolehan istimewa yang dimiliki.

Baca juga: Suka Drama Korea Tentang Profiler Jenayah? Tonton 7 Drama ini, Penuh Tipu Daya dan Misteri

3. Delivery Man (2023)

34d24baf c71d 4aa9 9a2b b66441c73e88Dalam drama siri Delivery Man, satu roh misteri seorang gadis menempel dalam teksi milik Seo Yeong Min (Yoon Chan Young). Akibatnya, ramai penumpang merasai aura negatif dan tidak mahu menaiki teksinya. Merasa kesusahan, Seo Yeong Min menyiasat tentang penumpang hantu yang mahu membantunya mencari duit. Dia juga berusaha mencari petunjuk tentang Kang Ji Hyeon (Bang Min Ah), hantu wanita yang ternyata mempunyai kaitan dengan kematian ibunya.

 

4. Revenant (2023)

3ab2391a 8b6e 48b3 b015 c4397667bc12Gu San Yeong (Kim Tae Ri) dan profesor Yeom Hae Sang (Oh Jung Se) berusaha menecahkan misteri hantu remaja dalam drama Revenant. Nyawa mereka terancam dan dalam bahaya kerana hantu ini sangat berbahaya. Sosok hantu tersebut rupa-rupanya juga berkaitan dengan kematian keluarga terdekat kedu-dua mereka.

 

5. Jirisan (2021)

MisteriSama seperti Revenant, drama Jirisan juga kurang kisah cinta dan hanya fokus pada misteri. Jirisan menceritakan tentang susah payah pasukan ranger gunung Jiri dalam menyelamatkan para pendaki yang tersesat dan mengalami musibah. Bermula dengan kes-kes lepas, Jirisan berkembang menjadi drama misteri dengan kes pembunuhan di dalamnya. Unsur mistik gunung Jiri juga menjadi perkara menarik dalam drama ini.

 

6. Sell Your Haunted House (2021)

KdramaSerupa seperti Seo Ki Joo, Hong Ji Ah (Jang Na Ra) dalam drama Sell Your Haunted House juga mempunyai kebolehan untuk melihat hantu. Dia mempelajari berbagai-bagai teknik melawan hantu dan kemudian membuka perniagaan mengusir roh. Namun ada kisah sedih di sebalik kebolehan yang dimiliki Hong Ji Ah.

Enam pilihan Kdrama penuh fantasi dan misteri di atas boleh anda jadikan tontonan sambil menunggu episod baru drama Midnight Studio. Jangan lupa menonton ya!

Baca lagi: Drama Legenda ‘Jewel in the Palace’, Lee Young-ae Bakal Kembali Dengan Sekuel
Baca juga: The Midnight Studio, 7 Perkara Menarik tentang Studio Gambar untuk Hantu