Home VIU Terlanjur Cinta, Membariskan Pelakon A-Class, Drama Melayu Viu Original Wajib Tonton Ramadan...

Terlanjur Cinta, Membariskan Pelakon A-Class, Drama Melayu Viu Original Wajib Tonton Ramadan Ini

0

Sepanjang bulan Ramadan ini, penonton akan disajikan dengan drama Viu Original terbaru ciptaan pengarah dan penerbit terkenal Eirma Fatima “Terlanjur Cinta” bermula pada 14 Mac ini setiap hari Khamis hingga Sabtu di Viu.

Menariknya lagi, Terlanjur Cinta juga telah membariskan pelakon A-Class yang tidak perlu dipertikaikan lagi lakonan mereka. Pelakon-pelakon yang terlibat dalam drama ini seperti Syafiq Kyle, Puteri Balqis, Khir Rahman, Syafiq Kyle, Umie Aida, Anne Abdullah dan ramai lagi.

Berbeza dengan kebiasaan drama melayu yang mungkin menampilkan jalan cerita yang agak klise, Terlanjur Cinta berbeza dari drama yang selalu kita tonton di kaca TV. Penonton akan dijanjikan jalan cerita menarik dengan mengetengahkan isu-isu sosial seperti perbezaan taraf hidup, kekeluargaan, penyalahgunaan dadah, dan poligami.

Baca juga: 6 Drama Viu Original Pelbagai Genre Bakal Tayang 2024. Tak Sabar Tunggu No.6

SINOPSIS TERLANJUR CINTA

Terlanjur cinta

Drama ini mengisahkan kisah Aishah, seorang gadis muda yang harus mengenepikan cintanya terhadap rakannya dari kecil, Amir dan terpaksa berkahwin dengan seorang duda tua bernama Pak Majid demi menyelamatkan abangnya, Salleh yang terlibat dengan dadah.

Walaupun berkahwin hanya kerana ingin menyelamatkan Salleh, Aishah mula membuka hati menerima Pak Majid. Keperibadian Pak Majid yang sopan dan budiman membuatkan Aishah jatuh hati walaupun terdapat perbezaan usia.

IMG 8560

Tetapi malangnya keadaan berubah. Perkahwinan itu membawa konflik dan cabaran dalam rumah tangganya apabila Pak Majid membawa pulang isteri kedua selepas pulang dari kerja luarnya. Kemesraan Pak Majid yang telah berubah menyebabkan Aishah menjadi keliru.

Dalam masa yang sama, Amir teman rapat Aishah sejak kecil yang mencintainya, masih lagi mengintai peluangnya dari jauh, dengan harapan dapat memberi kebahagiaan yang seharusnya dimiliki Aishah.

IMG 8559

Apakah yang akan berlaku kepada Aisyah selepas itu? Bagaimana pula dengan Amir? Jangan lupa untuk saksikan drama Terlanjur Cinta yang akan ditayangkan di Viu pada 14 Mac 2024 ini ya!

Peringatan: Sediakan tisu ya!


Bagi anda yang ingin menonton drama-drama Melayu menarik lain yang masih dan sedang disiarkan, boleh strim melalui aplikasi Viu ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai drama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu
Baca juga: Menjelang Episod Akhir, Queen of Divorce Menerima Pujian Tinggi Dari Peminat dan Pengkritik