Home Kdrama/Kmovie 5 Watak Kaki Buli dalam Pyramid Game, Buat Penonton Geram

5 Watak Kaki Buli dalam Pyramid Game, Buat Penonton Geram

0

Pyramid Game merupakan salah sebuah drama Korea yang membahaskan tentang isu buli di sekolah. Maka tidak hairanlah, ada banyak watak dalam drama ini yang merupakan kaki buli. Contohnya, lima watak berikut ini.

Kelima-lima watak di bawah ini menjadi kaki buli yang mengundang emosi dan amarah dalam drama Pyramid Game. Mereka membuli di kelas 2-5 Sekolah Perempuan Baekyeon. Tindakan mereka pada kawan-kawan sekelas memang membuatkan penonton geram.

Baca lagi: Siri Psikologi dan Survival “Pyramid Game”, Kdrama Adaptasi Webtoon Terbaru di Viu

Peringatan, artikel ini mengandungi spoiler!

 

1. Kim Da Yeon

Pyramid gameKim Da Yeon (Hwang Hyun Jung) sudah membuatkan emosi penonton turun naik sejak episod awal lagi. Dia menggunakan wisel anjing setiap kali dia membuli pelajar-pelajar di tahap F. Dia tanpa rasa bersalah memukul dan menyeksa mangsanya semasa rehat dan juga makan petang.

 

2. Koo Seol Ha

e8f52070 79ab 4372 93a6 fe64d8fbbc59Koo Seol Ha (Choi Yoon Seo) terlibat dalam kes buli yang dilakukan oleh Kim Da Yeon. Dengan kemampuannya sebagai atlet judo, dia memukul pelajar-pelajar di tahap F. Dia sengaja menggunakan teknik khas supaya tidak meninggalkan bekas luka pada mangsanya.

Baca lagi: Ryu Da In Mangsa Buli dalam Kdrama Pyramid Game

3. Bang Woo Yi

fd66b867 53c4 46e9 9ef2 b214627cd1b3Bang Woo Yi (Ha Yul Ri) juga adalah trio kaki buli pelajar tahap F bersama Kim Da Yeon dan Koo Seol Ha. Dari luar, dia tampak seperti gadis manis dan ceria. Ternyata, Bang Woo Yi boleh bertindak kejam demi menyenangkan hati Baek Ha Rin (Jang Da Ah) supaya dia mendapat barang-barang branded dan mahal.

 

4. Baek Ha Rin

a9c1b51c 52a8 4780 8026 e77046ccc02aBaek Ha Rin pada awalnya dianggap sebagai pelajar kaya yang baik dan down to earth. Namun, sebenarnya dia yang mencetuskan idea tentang pyramid game yang ‘membenarkan’ aktiviti buli pada pelajar di tahap F. Selain itu, berbeza dari yang lain, Baek Ha Rin hanya obses untuk menyeksa Myung Ja Eun (Ryu Da In).

Baca juga: Bawa Watak Utama Dalam “Pyramid Game”, Jang Da Ah Disindir Menumpang Populariti Adiknya, Wonyoung IVE

5. Go Eun Byeol

5dda5aaa c3f2 4102 bb4a 5d4d3e8f3960Pada awalnya, Go Eun Byeol (Jeong Ha Dam) tampak lemah dan pendiam. Namun, selepas naik ke tahap A di permainan ke-15, dia berubah secara drastik. Dia mengubah penampilan dan menjadi pelajar yang bertindak kasar. Dia menyuruh-nyuruh pelajar di tahap yang lebih rendah darinya. Dia bahkan membuat permainan sukan yang menyakiti pelajar-pelajar di tahap D.

Kelima-lima watak di atas merasa diri mereka lebih tinggi dan hebat kerana berada di tahap A-C dalam permainan piramid. Oleh sebab itu, mereka membuli kawan sekelas, terutamanya yang berada di tahap F.

Tindakan mereka dalam drama siri Pyramid Game jangan pula dicontohi ya!

Buat anda yang sudah tidak sabar untuk menonton drama siri ini, Pyramid Game boleh di strim di Viu sekarang ya!

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: 3 Anak Chaebol Berjiwa Iblis, Kejam dan Psiko dalam Kdrama 2024
Baca juga: 7 Pelakon Membintangi Kdrama Baru “Pyramid Game”