Home Entertainment Zombieverse 2 Kali Ini Tampil Dengan Bintang-Bintang Baru

Zombieverse 2 Kali Ini Tampil Dengan Bintang-Bintang Baru

0

Setelah sekian lama dinantikan, Zombieverse akhirnya akan kembali dengan musim kedua.

IMG 5560

Pada hari Khamis, 9 Mei 2024, pihak Netflix telah mengumumkan nama-nama bintang idola KPop, bintang TV, dan juga YouTuber yang akan turut serta dalam reality show Zombieverse, yang membawa tema tentang kiamat zombie ini.

Berbeza dengan musim pertama sebelum ini, Zombieverse 2 akan menampilkan peserta-peserta baru, termasuk Taeyeon dan juga Sungjae BTOB.

Bagi yang telah tidak sabar-sabar dan ingin tahu tentang Zombieverse musim ke-2 ini, berikut dibawah ini ialah sinopsis ringkas dan senarai peserta Zombieverse 2 yang memang dinanti-nantikan.

1. Sinopsis Zombieverse 2

e431bfc0 ede6 44f1 959b c78f291d0f91Menyambung musim pertama, Zombieverse 2 merupakan reality show original Netflix yang berlatar tempat di Seoul. Korea Selatan. Seoul adalah tempat di mana para peserta perlu menyelesaikan misi untuk bertahan hidup daripada fenomena kiamat zombie yang berlaku secara mengejut dan tiba-tiba.

Variety show Zombieverse 2 akan menampilkan aksi menegangkan dan kisah yang unik dari setiap peserta yang berusaha untuk menyelamatkan diri mereka. Di musim pertama, di setiap epsiod para peserta perlu menyelesaikan misi untuk mendapatkan makanan dan juga kemudahan pengangkutan.

 

2. Senarai peserta yang terlibat dalam Zombieverse 2

5fb37d7e 83f3 4ba4 9367 3ce276bc4ccaBerikut ini adalah senarai para peserta Zombieverse 2 yang didedahkan oleh pihak Netflix pada hari Khamis (9 Mei 2024):

● Taeyeon Girls’ Generation, idola KPop
● Kwon Eunbi, penyanyi
● Kim Seon Tae, YouTuber dan seorang pegawai perhubungan masyarakat
bandar Chungju
● Jo Se Ho, pelakon komedi dan MC
● Defconn, penyanyi rap dan bintang TV
● Sungjae BTOB, idola KPop dan pelakon
● CODE KUNST, komposer dan produser
● Andre Rush, tentera AS dan merupakan bekas tukang masak di White House
● Ro Hung Chul
● Lee Si Young
● DinDin
● Dex
● Tsuki
● Yiombi Patricia

 

3. Tarikh tayangan Zombieverse 2

ZombieverseWalau para peserta yang akan terlibat dalam variety show ini telah diumumkan, tetapi hingga kini pihak Netflix masih belum mendedahkan tarikh sebenar penayangan Zombieverse 2. Walau begitu, reality show yang fokus tentang kisah kiamat zombie ini dikhabarkan akan ditayangkan secara perdana pada tahun 2025. Nantikan, ya!

Baca lagi: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’
Baca juga: 9 Fakta Menarik “Reap What You Sow”, Variety Show Menampilkan Lee Kwang Soo, Lee Kwang-soo, Kim Woo-bin, Doh Kyung-soo, Kim Gi-bang