Home Kdrama/Kmovie Suka Chief Detective 1958? Tonton 6 Drama Korea Ini

Suka Chief Detective 1958? Tonton 6 Drama Korea Ini

0

Chief Detective 1958 merupakan salah sebuah drama Korea ongoing yang menembusi rating dua digit. Perkara ini membuktikan bahawa drama Korea yang dibintangi Lee Je Hoon ini berjaya menarik perhatian para penonton.

Chief Detective 1958 ini mengisahkan tentang perjuangan anggota polis yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan di tengah-tengah lingkungan yang penuh rasuah.

Buat anda yang menyukai drama yang penuh aksi dan dibaluti komedi seperti Chief Detective 1958, maka senarai drama di bawah ini sangat sesuai untuk anda. Mari sama-sama kita lihat!

 

1. Queen of Mystery (2017)

e798bbe3 8561 4451 87f9 789ed22a4694Yoo Seol Ok (Choi Kang Hee) bercita-cita mahu menjadi anggota polis. Suatu hari, dia mengenali seorang detektif yang penuh semangat, Ha Wan Seung (Kwon Sang Woo). Menariknya, Ha Wan Seung memberinya peluang untuk menggapai impiannya sebagai polis wanita. Mereka mula menangani kes-kes misteri bersama-sama dengan cara-cara yang unik dan tentu sahaja berjaya menggeletek perut para penonton.

Baca lagi: 7 Drama Korea MBC dengan Rating Tayangan Tertinggi, Chief Detective 1958 Mendahului

2. Live (2018)

Chief detective 1958Drama ini mengisahkan tentang insiden yang terjadi di balai polis. Ada suka, duka, dan kisah seperti roller coaster yang dialami oleh anggota polis semasa mereka berusaha menegakkan keadilan. Yeom Sang Soo (Lee Kwang Soo) nekad untuk hidup di jalan kebenaran jika menjadi penjawat awam. Namun, dia menjadi ikon yang malang dalam setiap kes yang ditangani dan dia selalu mempunyai konglik dengan pegawai atasannya.

Han Jung Oh (Jung Yu Mi) adalah rakan sekerja Yeom Sang Soo dan seorang polis wanita yang bekerja untuk melawan budaya patriarki. Kedua-dua karakter dengan semangat juang tinggi ini bekerjasama untuk menyelesaikan berbagai-bagai kes dibantu oleh kedua-dua rakan yang lain, Oh Yang Chon (Bae Sung Woo) dan Ahn Jang Mi (Bae Jong Ok).

Baca juga: 7 Watak Detektif dalam Kdrama Chief Detective 1958, Pelbagai Sikap dan Perwatakan

3. Player (2018)

Drama koreaEmpat orang berbakat dari berbagai-bagai lapisan masyarakat yang terdiri daripada penipu, pakar bertarung, penggodam elit, dan pemandu berbakat membentuk pasukan elit untuk membantu pihak polis menemui benda berharga yang disembunyikan oleh organisasi jenayah. Keunikan karakter masing-masing membuatkan pasukan tersebut lebih hebat, walau ada sahaja perangai mereka yang membuatkan para penonton tertawa.

 

4. Fiery Priest (2019)

5d778215 1853 4225 8ef2 bf09f11d3861 Kim Hae Il (Kim Nam Gil) merupakan seorang pastor. Sifatnya cepat marah dan boleh bersikap kasar kepada orang lain. Goo Dae Young (Kim Sung Kyun) adalah seorang polis. Dia tidak banyak bercakap dan juga pemalu. Park Kyung Sun (Lee Ha Nee) adalah seorang pendakwa raya. Dia cerdas dan cantik. Dia juga bercita-cita tinggi sebagai pendakwa raya dan pandai dalam pekerjaannya.

Ketiga-tiga mereka bekerjasama untuk menyelesaikan kes pembunuhan yang mengorbankan seorang pastor senior. Aksi menarik dan lawak jenaka Kim Hae Il berjaya membuatkan drama ini meraih rating dua digit.

 

5. Team Bulldog: Off-duty Investigation (2020)

7782770b 1c01 4cd0 97ce cf827679e3c0Dikenal sebagai detektif yang handal dan bersemangat, Jin Kang Ho (Cha Tae Hyun) tidak akan berhenti untuk menangkap penjahat dengan menggunakan segala cara yang diperlukan. Dengan hasrat untuk menyelesaikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan, Kang Ho merasa lebih baik bekerja sendirian.

Suatu hari, dia bertemu Kang Moo Young (Lee Sun Bin), produser program penyiasatan yang kurang popular yang selalu bersemangat. Moo Young juga bersemangat dalam menyelesaikan kes dan menangkap penjahat seperti Kang Ho. Berkongsi semangat yang kuat terhadap pekerjaan mereka, mereka setuju untuk bekerja sama untuk membuat dunia menjadi tempat yang lebih baik dan aman damai.

 

6. Behind Your Touch (2023)

99bf5b91 8952 4091 b548 dee49bbe69d4Bong Ye Bun (Han Ji Min) bekerja sebagai doktor haiwan di sebuah kampung yang damai dan bebas dari kejahatan. Dia memiliki kuasa unik, dimana apabila dia menyentuh bahagian belakang manusia atau haiwan, dia boleh melihat masa lalu mereka.

Moon Jang Yeol (Lee Min Ki) adalah seorang detektif handal dalam pasukan jenayah berat di Seoul, tetapi dia dipindahkan ke balai polis kecil di Mujin. Dalam usaha untuk mendapatkan pemindahannya kembali ke Seoul, dia mula bekerja dengan Ye Bun dalam kes-kes kecil di Mujin ketika kes pembunuhan bersiri muncul.

Sementara itu, orang baru di kampung itu iaitu Kim Seon Woo (Suho) bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka di kampung itu. Dia memiliki senyuman yang naif dan melayan orang lain dengan baik, namun dia juga merupakan seorang lelaki yang misteri.

Drama-drama di atas memiliki beberapa persamaan dengan Chief Detective 1958, contohnya seperti memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menyelesaikan kes-kes polis. Banyak juga menunjukkan adegan aksi yang dibaluti dengan kisah komedi. Drama-drama ini berjaya menghiburkan para penonton. Jangan lupa untuk menonton ya, sambil menunggu episod baru Chief Detective 1958 di Disney Plus ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Thriller Underrated yang Perlu Anda Tonton, Sangat Berkualiti
Baca juga: 4 Kisah Masa Lalu Ahli Pasukan Unit 1 Polis Jongnam dalam Chief Detective 1958, Latar Belakang yang Mengejutkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here