Home Kdrama/Kmovie 5 Drama Korea Romantik Ini Buat Penonton Senyum Sendiri, Kisah Bahagia yang...

5 Drama Korea Romantik Ini Buat Penonton Senyum Sendiri, Kisah Bahagia yang Mengujakan

0

Buat anda yang pernah jatuh cinta, rasa dalam hati pasti berbunga-bunga bukan? Pasti juga anda tersenyum-senyum sendirian semasa dilamun cinta.

Jika anda pernah merasakan cinta dan pernah merasa bahagia melihat orang lain bercinta, anda boleh menonton 5 drama Korea berikut ini, pasti anda jatuh hati!

 

1. Crash Landing on You

Drama koreaSeorang gadis Korea Selatan secara tidak sengaja masuk ke Korea Utara, dimana dia bertemu dengan seorang pegawai tentera yang tabah yang memutuskan untuk membantunya pulang, membawa kepada percintaan terlarang yang menentang sempadan politik. Mereka menghadapi ancaman di sekeliling hubungan mereka yang sangat sukar. Kisah penuh romantik dengan pelbagai rintangan yang sukar, tapi cinta mereka tetap utuh!

 

2. Touch Your Heart

64983992 12aa 4edb 9e76 6f31307f700aJika anda menonton drama Korea ini, pasti anda bakal jatuh cinta dengan watak utama yang ada dalam drama ini. Watak utama yang bernama Oh Jin Shim dan Kwon Jung Rok yang masing-masing dibaawa oleh Yoo In Na dan Lee Dong Wook.

Cara mendekati jejaka idaman seperti yang dilakukan oleh Oh Jin Shim boleh dicuba buat anda yang sedang cuba mendekati buah hati anda. Cara Jin Shim sangat unik kerana dia berterus terang tanpa berselindung dan dia sangat yakin bahawa buah hatinya juga mempunyai perasaan yang sama. Pasti anda tersenyum sendirian!

 

3. Her Private Life

ecab6907 d3b6 4630 852d 52a571274abfHer Private Life adalah drama Korea komedi romantik dari tvN yang ditayangkan pada tahun 2019. Siri ini meraih populariti tinggi kerana jalan ceritanya yang menarik. Dibintangi oleh Park Min Young, drama Korea ini mengisahkan tentang Sung Deok Mi yang merupakan seorang penjaga di galeri seni. Dia juga merupakan seorang fansite dan peminat nombor 1 anggota kumpulan idola Kpop yang bernama Shi An (Jung Jaewon).

Suatu hari, Ryan (Kim Jae Wook) mula bekerja sebagai pengarah baru di galeri seni tempat Sung Deok Mi bekerja. CEO tampan itu tanpa sengaja mengetahui rahsia Deok Mi sebagai fansite. Kedua-duanya saling bekerja sama ketika Sung Deok Mi terjerat khabar angin sedang bercinta dengan Shi An dan membuatnya diserbu oleh para peminat yang melakukan protes.

Baca lagi: Begins Youth Kdrama Terbaru Adaptasi Webtoon Tentang Kisah Fiksyen BTS

4. Business Proposal

886e7076 7321 4752 9fea a65d61b2c0bcBusiness Proposal menceritakan tentang Shin Ha Ri (Kim Se Jeong) yang merupakan seorang pekerja biasa. Pada suatu hari, dia menggantikan kawannya, Jin Young Seo (Seol In Ah), untuk pergi ke sebuah blind date. Ha Ri bertemu dengan Kang Tae Mu (Ahn Hyo Seop). Rupa-rupanya Tae Mu adalah CEO baru di syarikat Shin Ha Ri bekerja. Ha Ri perlu mencari jalan suapaya CEO tersebut tidak mengetahui bahwa Ha Ri adalah orang yang bertemu dengannya pada blind date tersebut.

Dia seakan-akan memiliki dua kehidupan, iaitu menjadi pekerja di siang hari dan berpura-pura menjadi gadis kaya dan mewah pada malam harinya. Namun, berapa lamakah Ha Ri akan bertahan hidup seperti itu? Serta, apakah yang akan terjadi apabila dia mula jatuh cinta pada Tae Mu?

 

5. Love Is for Suckers

81337b8f 0a47 43f4 96c6 b587e8623592Dua rakan lama, Goo Yeoreum iaitu seorang penerbit rancangan temu janji realiti, dan Park Jaehoon yang merupakan seorang pakar bedah plastik, mendapati bahawa diri mereka mengambil bahagian dalam rancangan temu janji itu. Membawa kepada pendedahan yang tidak dijangka tentang perasaan mereka terhadap satu sama lain.

Demikian sahaja lima buah drama Korea yang boleh mewujudkan mood bahagia semasa menonton adegan-adegan manis di dalamnya. Tambahan pula, keserasian para pelakon utama dalam setiap drama itu juga berjaya membuatkan penonton jatuh hati!

Baca lagi: 6 Drama Hantu Lucu Korea yang Pasti Menghiburkan
Baca juga: 10 Drama Korea Popular Tentang Perkahwinan, Pelbagai Konflik dalam Mencari Bahagia