Home Kdrama/Kmovie Begins Youth Kdrama Terbaru Adaptasi Webtoon Tentang Kisah Fiksyen BTS

Begins Youth Kdrama Terbaru Adaptasi Webtoon Tentang Kisah Fiksyen BTS

0

Drama Korea Begins Youth (2024) yang diadaptasi dari webtoon Save Me sedang hangat dibincangkan oleh para peminat. Begins Youth (2024) sudah ditayangkan sebanyak 8 episod.

Begins Youth (2024) mendapat perhatian kerana persamaan sifat dan visual setiap watak dengan anggota kumpulan BTS.

 

1. Sinopsis Begins ≠ Youth

BTSBegins Youth (2024) mengisahkan tentang tujuh orang lelaki yang menjadi rapat kerana sebuah salah faham. Memiliki perbezaan usia, tidak menjadi halangan untuk persahabatan mereka.

Masing-masing memiliki masalah hidup dan akan merasakan pahit manis jatuh bangun dalam kehidupan. Namun, kehadiran antara satu sama lain akan menyelesaikan setiap masalah dalam hati mereka.

Drama ini diadaptasi dari webtoon Save Me, kisah fiksyen yang diinspirasikan dari BTS universe. Penonton menyoroti persamaan adegan di dalam drama dengan MV BTS selama ini.

 

2. Senarai pelakon Begins ≠ Youth

Begins youthBegins Youth (2024) dibintangi oleh tujuh orang pelakon muda dan pelakon-pelakon pembantu yang lain.

● Seo Ji Hwan sebagai Kim Hwan
● Roh Jong Hyun sebagai Min Ce In
● Ahn Ji Ho sebagai Jeong Ho Su
● Seo Young Joo sebagai Kim Do Geon
● Kim Yoon Woo sebagai Park Ha Ru
● Jung Woo Jins ebagai Kim Joo An
● Jeon Jin Seo sebagai Jeon Jae Ha
● Jung Sung Il sebagai Kim Chang Jun
● Kim Nam Hee sebagai Song Jun Ho
● Nam Myung Ryul sebagai Koo Hyun Bok
● Woo Hee Jin sebagai Hwang Seo Yoon
● Sung Ji Ru
● Kim Young Woong sebagai Kim Seong Hoon
● Lee Hang Na sebagai Shin Seon Mi
● Yeo Woon sebagai Choi Ji Han
● Park Ji Hoon sebagai Seo Min Kook
● Kim Gye Seon sebagai Kim Jung Hee
● Oh Mi Hee sebagai Song Nan Young
● Lee Do Yup sebagai Min Young Ho
● Kim Ji Sung sebagai Kim Eun Joo
● Lee Seung Hyung sebagai Park Jin Wook
● Lee Yoon Jae sebagai Byeon Won Joong
● Shin Yeon Suh sebagai Kim Eun Hye
● Park Ah Sung sebagai Kim Do Hyun
● Kang Tae Joo sebagai Park Sang Min
● Park Young Soo

 

3. Tarikh tayangan dan platform tontonan Begins ≠ Youth

IMG 5488Empat episod pertama sudah ditayangkan pada 30 April 2024, manakala episod 5 hingga episod 8 ditayangkan pada 7 Mei 2024. Empat episod terakhir, iaitu episod 9 hingga episod 12 ditayangkan pada 14 Mei 2024.

Penonton boleh menonton Begins Youth (2024) melalui platform Xclusive. Para peminat dan penonton perlu membayar setiap episod sebanyak 10.1 dolar. Manakala jika membeli pakej promosi untuk empat episod, anda hanya perlu membayar sekitar 36.05 dolar.

Baca lagi: 10 Drama Korea Popular Tentang Perkahwinan, Pelbagai Konflik dalam Mencari Bahagia
Baca juga: Rating Tinggi & Semakin Trending, Adakah Sun Jae dan Im Sol dalam Lovely Runner Bakal Berkahwin Seperti dalam Versi Web Novel?