Home Design Penggambaran Babak Banjir Filem ‘Parasite’ Dibuat Di Lokasi Ini

Penggambaran Babak Banjir Filem ‘Parasite’ Dibuat Di Lokasi Ini

0

Apabila sebut filem ‘Parasite’, mungkin ulat dalam batu turut pernah dengar judul filem ini kerana terkenal di seantero dunia dan pernah menggegar pentas Academy Awards (Oscar) dengan meraih pelbagai anugerah.

Secara ringkasnya, filem kisah antara dua darjat ini memaparkan kehidupan dua buah keluarga iaitu Park (golongan kayangan) dan Kim (kalangan bawah tanah).

jjss

Keluarga Kim yang terdiri daripada bapa, emak, kakak dan adik lelaki tinggal di sebuah apartment semi-bawah tanah. Bong Joon-ho, pengarah filem tersebut memasukkan jenis rumah ini kerana ia realistik bagi menggambarkan jiwa keluarga Kim dan memang realiti berlaku di Korea Selatan.

Baca lagi artikel: ‘Banjiha’: Penghuni Yang Tinggal Di Apartment Tingkat Bawah Tanah Seperti Dalam Filem Parasite

Kata pengarah tersebut, kemajuan dan kekayaan negara asalnya bergerak dengan pantas. Terdapat lapisan masyarakat yang tercicir, tidak sempat naik kereta api laju yang menuju kekayaan itu, sehingga menyebabkan mereka rasa tertinggal belakang dan rendah diri.

Bagi menghidupkan suasana rumah keluarga Kim, tim produksi bagian rekaan set yang diketuai Lee Ha Jun melawat beberapa kediaman kosong tanpa penghuni yang bakal diruntuhkan, tiru binaan tersebut untuk buat pangsapuri yang sempit dan bersepah di lokasi set penggambaran.

“Bahagian seni pergi ke tempat-tempat di Seoul yang dikenal pasti dirobohkan untuk pembangunan semula dan membawa balik pintu buruk dan barangan buangan lain. Kotoran beberapa dekad. — anda hampir dapat menghidunya.”- Bong Joon Ho.

Lokasi Banjir Dalam Filem ‘Parasite’

Babak banjir itu dijalankan di set Studio Aqua Goyang yang dibuka sejak tahun 2011. Studio ini sediakan kemudahan dan infrastruktur untuk babak filem yang perlukan kesan khas dalam air misalnya peperangan antara kapal, kemalangan kereta terjatuh sungai, dan letupan.

Studio ini sudah menjayakan beberapa babak dalam filem pecah panggung seperti ‘Roaring Currents’, ‘Haeundae’ termasuk ‘Parasite’. Menurut media Korea, difahamkan lokasi tersebut sebenarnya bekas loji pembersihan air kumbahan.

Rancak campaign 1640x614 1 8

Apartmen bawah tanah keluarga Kim dan jirannya yang banjir dek hujan lebat turut dibuat di studio tersebut. Untuk shoot filem tersebut, studio tuang 50 tan air ke dalam set 40 kediaman dalam 20 bangunan.

Selepas penggambarannya tamat, bangunan pangsapuri semi-bawah tanah tersebut diturunkan pada tahun 2018.

Bagaimana pun pihak perbandaran Korea telah berunding dengan penerbit filem berkenaan, Kim bo-gyung untuk bina semula set tersebut sebagai produk pelancongan budaya pada tahun 2020 dan dijangka siap pada tahun 2026.

Boleh Tengok Kat Mana Filem ‘Parasite’ Ni?

Sekiranya anda belum tengok atau nak tengok lagi, boleh tonton secara percuma di Viu, sampai 31 Disember ini sahaja. Ada juga filem-filem Korea pecah panggung lain yang anda boleh layan di aplikasi atau website Viu dalam bahagian ‘Semuanya Rancak.’ Ini link dia.

qq 1

Selain itu, pihak produksi turut cerita bagaimana mereka bina rumah keluarga kaya Park dalam pautan artikel di bawah:

Bagaimana Rumah Agam Dalam Filem ‘Parasite’ Dibina?

Sumber: Yonhap, Cheatsheet