Home Design Bagaimana Rumah Agam Dalam Filem ‘Parasite’ Dibina?

Bagaimana Rumah Agam Dalam Filem ‘Parasite’ Dibina?

0

Setiap kali saya membuat carian Google tentang movie Korea, boleh dikatakan hampir semua laman web dan blog menobatkan ‘Parasite’ sebagai filem Korea terbaik dan No.1 dalam carta.

Filem ini banyak menggondol anugerah di pentas antarabangsa dan pernah melakar sejarah dengan membawa pulang trofi ‘Best Picture’ di Academy Awards (Oscar).

Tidak hanya plot cerita dan sinematografinya saja yang dipuji epik, tetapi design setiap sudut rumah dan penghuninya juga nampak real.

1 4
Sumber gambar: Neon/Indiewire

Filem ‘Parasite’ mengisahkan tentang keluarga Kim yang miskin menyusup masuk bekerja dengan keluarga Park yang tinggal di sebuah rumah elit di Seoul

Menurut laman Indiewire, dianggarkan 60% adegan ‘Parasite’ berlaku di rumah orang kaya berkenaan. Dalam filem itu, rumah moden ini kononnya dibina oleh seorang arkitek rekaan bernama Namgoong Hyeonja.

2 5
Sumber gambar: Neon/Indiewire

Tetapi mastermind di sebalik pembinaan set ini sebenarnya Lee Ha Jun, pereka produksi dan beliau mendedahkan bagaimana pasukannya bina rumah moden tersebut dari scratch.

Posisi Kamera Lebih Penting

Jika arkitek bina rumah untuk orang betul-betul tinggal di dalamnya, manakala production designer pula lebih mementingkan sudut kamera untuk menghidupkan jalan cerita dalam skrip secara visual.

Menerusi siaran dokumentari mini Great Big Story, Ha Jun mendapat idea tentang rumah itu semasa tengok anak dia main Lego dan isterinya memotong tauhu selapis demi selapis.

Difahamkan rumah dibina khas untuk filem tersebut terpecah kepada dua bahagian iaitu tingkat bawah dan taman di kawasan luar, dan tingkat atas dan ruang bawah tanah.

Dengan menggunakan teknologi CGI, mereka gabung bahagian-bahagian itu sampai jadi nampak perfect home dalam filem.

5 2
Sumber gambar: Neon/Indiewire

Sudut Pencahayaan

Sudut pencahayaan turut mempunyai makna tersendiri dalam mengetengahkan kisah antara dua darjat ini. Semakin miskin, semakin sukar untuk dapatkan pencahayaan yang baik kerana akses tingkap yang terhad.

Perbezaan ini boleh nampak di rumah bawah tanah keluarga Kim dan rumah kaca keluarga Park.

Untuk rumah agam keluarga Park ini, tim produksi banyak menggunakan sumber cahaya semula jadi. Oleh itu, set laman itu dibina mengikut arah matahari dan kedudukannya juga perlu sesuai dengan saiz tingkap.

3 4
Sumber gambar: Neon/Indiewire

Sebelum membina set penggambaran itu, Ha Jun dan pengarah filem tersebut, Bong Joon Ho beberapa kali melawat tempat itu untuk memeriksa pergerakan matahari setiap waktu dan menentukan lokasi bersama-sama.

Mereka merancang dengan begitu teliti sekali termasuk penataan warna, suhu dan pencahayaan matahari.

Selain itu, tim produksi turut mengakui prop untuk set up rumah itu sangat mahal, dan enggan mendedahkan berapa nilai sebenarnya.

Sumber: Indiewire, Great Big Story