Home Lifestyle Resepi Pastel Rainbow Crepe Cake Yang Comel

[VIDEO] Resepi Pastel Rainbow Crepe Cake Yang Comel

0

Rainbow crepe cake merupakan manisan yang terdiri daripada lapisan crepe atau lempeng nipis Perancis warna-warni.

Mengikut perkongsian resepi Cooking tree, sebuah channel YouTube dari Korea Selatan, berikut cara-cara untuk buat juadah yang boleh dinikmati semasa minum pagi atau petang ini:

Bahan-bahan (ikut sukatan cawan): 

• 5 biji telur
• ⅓ cawan gula
• secubit garam
• 1 ekstrak vanilla
• 1 cawan tepung kek
• 3 cawan susu
• ¾ cawan mentega cair
• Pewarna makanan (merah, oren, kuning, hijau, biru, ungu dan putih)
• Whipped cream

Cara-cara:

1. Pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas dan pukulnya bersama dengan gula, garam dan ekstrak vanila.
2. Kemudian ayak tepung dan campurkannya dengan telur tadi.
3. Tuang susu ke dalam adunan tepung tadi dan pukul hingga sebati.
4. Tuang susu sekali lagi untuk bagi adunan itu cair.
5. Masukkan mentega cair dan kacau, kacau, kacau lagi.
6. Kalau ikut video Cooking Tree ini, dia simpan adunan itu di dalam peti sejuk sejam.
7. Selepas itu, bahagikan adunan tadi kepada 6 mangkuk.
8. Titiskan satu-satu pewarna ke dalam setiap bekas.
9. Dengan api sederhana, tuangkan salah satu bater adunan berwarna ke dalam kuali sehingga nampak rupa lempeng nipis atau crepe dan balikkan.
10. Ulang langkah 9 dengan warna-warna lain seperti oren, biru, ungu dan seterusnya.
11. Tindan crepes itu selang-seli dengan pelbagai warna dan sapu whipped cream pada setiap lapisan.
12. Potong dan hidangkan.
13. Enjoy!