Home K - Pop SM Entertainment Bersuara Tentang Skandal Lucas WayV

SM Entertainment Bersuara Tentang Skandal Lucas WayV

0

Lucas anggota WayV dan SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan berhubung tentang kelakuan Lucas terhadap bekas-bekas-bekas teman wanitanya.

Selain itu, penyanyi tersebut juga telah direhatkan daripada aktivitinya kerana kontroversi mengenai kehidupan peribadinya.

Pada 23 Ogos, seorang netizen warga Korea yang mendakwa dirinya sebagai ex-girlfriend Lucas telah memuat naik post cerita dirinya dengan Lucas dan mendakwa lelaki itu mengambil kesempatan dan jadi pisau cukur.

Menurut cerita wanita tersebut, dia asalnya peminat Lucas sehinggalah lelaki itu approached dia dan mereka mula dating. Namun hubungan mereka on-off-on-off seperti suis lampu.

Katanya, Lucas putuskan hubungan mereka dengan alasan sibuk. Semasa berpacaran, wanita tersebut bagi hadiah mewah tapi Lucas tolak tak nak sebarang hadiah kecuali rumah atau kereta.

Lucas hilang dari radar dan menjarakkan diri dengan alasan tak selesa selepas dapat apa yang dia mahu. Sepatah pun tak kata terima kasih bila wanita yang menanggung perbelanjaan dating mereka.

Wanita itu turut sertakan sekali chat logs dan gambar-gambar yang Lucas hantar padanya sebagai back up pada kenyataannya.

Keesokan harinya, seorang netizen China turut mendedahkan yang dirinya senasib dengan netizen Korea tersebut dan mendakwa bahawa Lucas telah berpacaran dengan dia dan netizen Korea pada masa yang sama.

Agensi yang menaungi Lucas, SM Entertainment tidak berdiam diri lalu mengeluarkan kenyataan yang Lucas akan direhatkan daripada aktivitinya untuk bermuhasabah diri:

Helo. Ini adalah SM Entertainment.

Kami meminta maaf perihal masalah yang ditimbulkan daripada kehidupan peribadi artis kami, Lucas.

Kami menyedari betapa seriusnya masalah ini dan telah memutuskan untuk menghentikan release single ‘Jalapeño’ nyanyian Lucas dan Hendery, WayV, termasuk lagu dan video muzik yang dijadualkan dilancarkan pada 25 Ogos jam 6 petang. KST.

Lucas sedang bermuhasabah diri kerana kelakuan buruk itu telah membawa banyak kekecewaan dan kesakitan kepada banyak pihak, dan agensi berasa bertanggungjawab ke atas pengurusan yang lemah pada artis ini.

Kami sekali lagi memohon maaf kerana menimbulkan isu kepada ramai pihak termasuk peminat yang peduli tentang masalah peribadi Lucas.

Pada hari yang sama, Lucas turut menyiarkan surat permohonan maaf tulisan tangan dalam bahasa Cina di Instagramnya, bersama dengan terjemahan Korea dalam kapsyen yang dia jelaskan diterjemahkan dengan bantuan orang di sekelilingnya:

Ini Lucas.

Saya meminta maaf kepada mereka yang terluka kerana kelakuan saya yang salah. Sekiranya anda memberi saya peluang, saya ingin menyampaikan ucapan maaf secara peribadi.

Saya juga benar-benar meminta maaf kepada peminat saya yang telah memberikan banyak tanda kasih dan sokongan kepada saya.

Selama beberapa hari ini, saya telah melihat kembali tingkah laku masa lalu saya dan dengan tulus memikirkannya. Mengimbas semula tingkah laku saya pada masa lalu, itu jelas salah, dan itu adalah perangai tidak bertanggungjawab yang telah mengkhianati sokongan yang telah ditunjukkan oleh peminat saya sejak sekian lama.

Saya sekali lagi ingin meminta maaf kepada semua orang yang kecewa dengan tindakan saya.

Saya akan memastikan bahawa perkara seperti ini tidak berlaku lagi, dan saya akan menghentikan semua aktiviti yang dijadualkan dan mengambil masa untuk merenung diri saya.

Akhir sekali, saya ingin meminta maaf kepada anggota, kakitangan syarikat, banyak syarikat koperasi, dan kakitangan penyiaran kerana menimbulkan kesulitan.

Saya dengan tulus meminta maaf.

Sumber: Soompi, AllKpop