Home Lifestyle Etude, Jenama Kosmetik Korea Selatan Ini Pernah Perkenalkan Mekap Kit Kat

Etude, Jenama Kosmetik Korea Selatan Ini Pernah Perkenalkan Mekap Kit Kat

0

Sekali pandang nampak macam wafer coklat Kit Kat, dua kali pandang rupanya palet pembayang mata.

Itulah salah satu produk yang pernah diperkenalkan oleh Etude House, jenama kosmetik popular dari Korea Selatan pada tahun 2019.

Palet mini bersaiz kompak ini sesuai untuk dibawa ke mana sahaja, isinya pun diilhamkan daripada coklat Kit Kat yang manis.

Etude menawarkan dua jenis palet pembayang mata termasuk “Original”, di mana ia kelihatan seperti bar KitKat merah klasik. Apabila membukanya, ia mengandungi enam warna yang lebih ‘warm’ dan menyerlah seperti coklat, keemasan dan merah ceri.

Manakala kotak merah jambu dan putih versi “Strawberry Tiramisu” pula lebih sweet dengan warna merah jambu dan pastel untuk memaniskan lagi wajah si pemakai.

Sumber: SoraNews