Home Entertainment Tom Holland Sah ARMY, Lelaki Labah-labah Ini ‘Purple’ BTS

Tom Holland Sah ARMY, Lelaki Labah-labah Ini ‘Purple’ BTS

0

Baru-baru ini akaun Twitter Movies telah menemu bual para bintang ‘Spider-Man: No Way Home’, Tom Holland, Zendaya dan Jacob Batalon. Apa yang menarik, wawancara tersebut dikendalikan dengan menunjukkan respons mereka terhadap ciapan peminat.

Salah satunya adalah kegembiraan peminat berjaya beli tiket filem terbaru Spider-Man. Pencapaian ini disamakan dengan perasaan dapat beli tiket konsert BTS memandangkan kedua-dua tiket ini cepat habis dan super hype.

Para pelakon ‘Spider-Man: No Way Home’ teruja terutamanya spider man itu sendiri, Tom Holland apabila melihat ciapan peminat yang menyamakan mereka dengan kumpulan K-pop paling hit di dunia ketika ini.

Zendaya: Oh, perbandingan yang besar tu.

Jacob Batalon: Bukan biasa-biasa ni. Satu penghormatan besar tu.

Tom Holland: BTS merupakan satu nama besar.

Tom Holland kemudiannya mendedahkan yang dia sebenarnya peminat BTS, jadi dia rasa tersentuh. Malah dia menikmati hasil edit peminat grup tersebut.

“Saya betul-betul suka tengok peminat edit BTS. Mereka selalu buat dengan power, sangat menghiburkan.”

Bergegar ARMY bila dengar sesungguhnya Tom merupakan sebahagian daripada member selama beberapa tahun dan terfikir siapa agaknya bias hero spider man tersebut…

Rancak campaign 1640x614 1 8

Manakala ramai mengagak Tom sudah pastinya salah satu bias kepada Jungkook, kerana maknae BTS tersebut pernah kongsikan video anjingnya, Bam di Instagram. Sempat lagi ramai zoom patung figura aksinya yang terdiri daripada watak Deadpool, Guardians of the Galaxy dan Tom Holland dalam baju besi Iron Spider.

unnamed 2 2

Jelaslah menunjukkan Jungkook juga adalah peminat setia komik superhero, termasuk gambaran Tom Holland sebagai Spider-Man. Pasti ahli BTS itu pun teruja bila dengar khabar heronya turut merupakan salah seorang peminat dia!

Sumber: Koreaboo