Lebih 200,000 orang telah menandatangani petisyen bagi membatalkan penayangan ‘Snowdrop’ yang dibintangi Jung Hae In dan Jisoo BLACKPINK sebagai watak utama.

Drama terbaharu JTBC ‘Snowdrop’ masih mengundang kebimbangan di kalangan penonton kerana naratif sejarahnya. Sebelum ini, drama berkenaan sudah pernah diserang kerana dikatakan penyelewengan fakta sejarah.

Menurut penandatangan petisyen di Blue House baru-baru ini, drama itu memaparkan heroin cerita tersebut ter-selamatkan perisik yang menentang gerakan pro-demokrasi. Tambahan pula, drama itu turut memainkan lagu penting dalam sejarah yang digunakan untuk melambangkan gerakan pro-demokrasi.

Penonton yang menonton adegan tersebut meluahkan ketidakselesaan mereka di komuniti dalam talian.

Rancak campaign 1640x614 1 8

Mereka turut berpendapat cerita itu cuba meromantikkan peristiwa bergolak itu dengan menampilkan hero lelaki sebagai pengintip yang disalah anggap sebagai tokoh pro-demokrasi. Ramai bangkang kerana berdasarkan sejarah ramai orang tidak bersalah diseksa oleh kerajaan ketika itu sebab disalah anggap sebagai mata-mata.

“Drama yang mempersembahkan naratif sedemikian menjadikan nilai sejarah gerakan pro-demokrasi itu rosak,” kata penonton.

Baru-baru ini lebih 200,000 petisyen telah ditandatangani dan akan tutup pada 18 Januari, 2022.

Sumber: AllKpop

Previous articlePenggambaran Babak Banjir Filem ‘Parasite’ Dibuat Di Lokasi Ini
Next articleSyarikat Perabot Kesal Menaja Drama ‘Snowdrop’, Penaja Lain Turut Tarik Diri