Home Entertainment J-Hope BTS Pakai Cincin Yang Dipromosikan Oleh Jennie BLACKPINK, Harganya Menakutkan

J-Hope BTS Pakai Cincin Yang Dipromosikan Oleh Jennie BLACKPINK, Harganya Menakutkan

0

Penampilan bergaya J-Hope BTS (Bangtan Boys) di lapangan terbang baru-baru ini berjaya menarik perhatian. Lebih-lebih lagi selepas harga barangan fesyen yang dipakainya terbongkar.

J-Hope berlepas ke Amerika Syarikat untuk persembahannya di festival muzik Lollapalooza 2022. Seperti biasa, J-Hope membuktikan dirinya sebagai “Raja Fesyen Lapangan Terbang” dengan gaya fesyennya yang mengagumkan.

Dilaporkan dari akaun Instagram @bangtan_outfit, singlet hitam yang dipakai J-Hope itu berharga lebih RM2000. Malangnya jaring luar (outer piece) yang mudah dilihat itu tidak dijumpai harganya.

00441602s1

J-Hope juga dilihat memakai beanie yang bernila  lebih RM700 . Manakala sandal hitam yang dipakai oleh pemilik nama Jung Hoseok itu berasal daripada jenama Balenciaga yang dijual dengan harga RM 2400+.

Daripada semua barangan fesyen J-Hope, beberapa cincin yang dipakainya tidak kurang menjadi tumpuan. Selain datang dari jenama yang dipromosikan oleh Jennie BLACKPINK, iaitu Chanel Coco Crush, harganya juga membuatkan anda kecut perut.

J-Hope dilihat memakai tiga cincin yang setiap satunya berharga lebih RM 11K+. Jadi harga keseluruhan 3 cincin tersebut mencecah angka RM35 ribu. Peminat tidak dapat membayangkan jika cincin itu hilang satu.

J Hope 5 XPN

“Sangat menakutkan jika satu cincin hilang,” komen seorang netizen. “Jangan pakai semua cincin, sayang. Ramai orang jahat di luar,” tulis seorang lagi.

Seperti yang diketahui, J-Hope telah bekerja keras untuk membuat persiapan untuk Lollapalooza 2022 sejak album solonya “Jack in the Box” dikeluarkan. Artis itu mencipta sejarah sebagai artis Korea pertama yang menjadi tajuk utama.

Baca lagi: J-Hope BTS Duduki Carta Tertinggi Billboard

Baca lagi: Pelakon Kanak-Kanak “Miracle in Cell No.7” Kal So Won Menunjukkan Kemahiran Menari Yang Hebat Selepas Menyertai YG Entertainment

Sumber: [1]