Home K - Pop Sehun EXO Bakal Muncul Dalam Kdrama Terbaharu

Sehun EXO Bakal Muncul Dalam Kdrama Terbaharu

0

Siri romantik terbaharu yang bakal bersiaran di TVING, dilakon kan oleh Sehun EXO dan ramai lagi. Untitled design 37

Tajuk “All The Things That We Loved” itu dijadual kan bersiaran pada 2023, yang membariskan pelakon hebat seperti Sehun EXO, Jo Joon-young dan Jang Yeo-bin.

Ketiga-tiga watak utama ini jelas membuatkan peminat tidak keruan duduk untuk menantikan kemunculan mereka dalam drama terbaharu ini.

EVERYTHING THAT WE LOVED

Siri ini mengisahkan tentang Sehun EXO, yang memegang watak sebagai Go Yoo, seorang remaja berumur 18 tahun dan terkenal kerana bermain bola keranjang di sekolah. Dia sentiasa mendapat perhatian dan bersahabat baik dengan Jun-hee di sekolah.

Watak kedua, Go Jun-hee, lakonan Jo Joon-young, remaja yang berumur 18 tahun, seorang yang menghidap penyakit buah pinggang dan menerima buah pinggang daripada Go Yoo. Selepas menerima buah pinggang tersebut, dia menjadi semakin aktif seperti Go Yoo.

Jang Yeo-bin, yang memegang watak sebagai Han So-yeon, seorang pelajar wanita yang berpindah ke sekolah mereka. Dia bersaing dengan Jun-hee untuk menjadi pelajar kelas pertama di sekolah.

Menarik betul gandingan kali ni!

Sumber: Kimchi Daily 

Baca artikel terdahulu: