Home Artis Korea Wajah Orang Kaya-Kaya, Ahn Bo Hyun Selalu Bawa Watak Lelaki Chaebol

Wajah Orang Kaya-Kaya, Ahn Bo Hyun Selalu Bawa Watak Lelaki Chaebol

0

Ahn Bo Hyu baru sahaja membuat kemunculan drama terbarunya iaitu Flex X Cop. Dalam drama dari SBS itu, Ahn Bo Hyun membawa watak sebagai anak keluarga chaebol.

Bukan kali pertama, ternyata pelakon yang dilahirkan pada tahun 1988 ini sudah beberapa kali membawa watak lelaki chaebol dalam drama Korea. Berikut adalah watak-watak lelaki chaebol yang pernah dibawa oleh Ahn Bo Hyun.

1. Jang Geun Won dalam Itaewon Class (2020)

Ahn bo hyunPada tahun 2020, Ahn Bo Hyun bergandingan dengan Park Seo Jun dalam drama Itaewon Class. Dalam drama ini, Ahn Bo Hyun membawa watak sebagai Jang Geun Won, pewaris Syarikat Jangga yang sangat terkemuka. Mempunyai kekayaan dan kuasa, Jang Geun Won merasa dirinya hebat dan dia boleh melakukan sesuka hatinya.

Ketika berada di bangku sekolah menengah, dia mempunyai konflik dengan Park Sae Royi (Park Seo Jun) dan dia melakukan segala-galanya untuk memberinya pengajaran. Berlawan dengan pengaruh ayah Jang Geun Won yang berkuasa, ayah Park Sae Royi dibuang kerja. Lebih malang lagi, akibat kecuaian Jang Geun Won, Park Sae Royi juga kehilangan ayahnya.

Tidak berhenti di situ sabaha, kejahatan Jang Geun Won pada Park Sae Royi juga memberi kesan pada perniagaan yang dijalankan dan juga mengancam keselamatan kekasihnya. Membawa watak antagonis, watak Ahn Bo Hyun dalam drama Itaewon Class (2020) ini memang digambarkan sangat jahat hingga membuatkan para penonton geram dan sakit hati.

Baca juga: Ahn Bo Hyun Bawa Watak Polis Berwibawa dan Memukau dalam Flex X Cop

2. Moon Seo Ha dalam See You in My 19th Life

38a6c9c5 3580 4850 ad14 429ab504b556Pada tahun 2023, Ahn Bo Hyun diberi pelang untuk membawa watak sebagai lelaki chaebol. Namun, berbeza dengan watak chaebol yang pernah dibawa sebelumnya, Ahn Bo Hyun dalam drama See You in My 19th Life merupakan watak protagonis berhati lembut yang bernama Moon Seo Ha.
Moon Seo Ha adalah pengarah dan pewaris MI Hotel.

Perniagaan hotel ini pernah mengalami puncak kejayaannya sewaktu dipimpin oleh ibu kandung Moon Seo Ha. Kini, dia juga berusaha untuk bersaing dengan ibu tirinya untuk mengambil alih perniagaan hotel tersebut.

Di sebalik statusnya sebagai chaebol, Moon Seo Ha memiliki pengalaman penuh trauma semasa kecil dulu. Oleh sebab sebuah insiden di masa lalu, sehingga dewasa Moon Seo Ha tidak dapat memandu kereta sendiri. Dia juga tampak cemas dan tidak selesa jika perlu duduk di kerusi penumpang belakang.

Dalam drama See You in My 19th Life, Ahn Bo Hyun berjaya menggambarkan watak Moon Seo Ha yang sangat rapuh. Untuk membawa watak ini dengan berjaya, Ahn Bo Hyun menurunkan berat badannya hingga 8 kg.

 

3. Jin I Soo dalam Flex X Cop

51f32edf 6d27 4f8c aee0 4495de88efcfDalam projek terbarunya iaitu Flex X Cop, Ahn Bo Hyun kembali membawa watak sebagai anak kepada keluarga kaya raya bernama Jin I Soo. Merupakan generasi ketiga chaebol, Jin I Soo memiliki pelbagai kelebihan.

Berbeza dengan watak Ahn Bo Hyun sebagai chaebol dalam Itaewon Class. Dalam Flex X Cop, dia bukanlah watak lelaki kaya jahat yang suka mengambil kesempatan. Walau digambarkan sebagai chaebol yang mempunyai sifat keanak-anakan, Jin I Soo yang merupakan anak lelaki bongsu Hansu Group ini menggunakan pengaruh dan kekayaannya untuk menangkap penjahat.

Kerana hobinya yang suka bermain polis-polis, disebabkan sebuah insiden, pada suatu hari Jin I Soo diangkat menjadi polis sebenar. Dia dilantik menjadi salah seorang anggota detektif di Balai Polis Gangha.

Walaupun hanya beberapa kali membawa watak sebagai chaebol, Ahn Bo Hyun dapat menampilkan ciri-ciri khas yang berbeza-beza bagi setiap wataknya.

Baca lagi: 3 Watak ini Menyokong Sajo Hyun dalam Love Song for Illusion
Baca juga: 2 Watak Utama Kdrama Doctor Slump Mempunyai Kehidupan yang Berbeza