Home Kdrama/Kmovie 3 Watak ini Menyokong Sajo Hyun dalam Love Song for Illusion

3 Watak ini Menyokong Sajo Hyun dalam Love Song for Illusion

0

Sajo Hyun (Park Ji Hoon) mempunyai jalan hidup yang sungguh sukar dalam Love Song for Illusion. Dia kehilangan ibunya akibat ketamakan ayahnya sendiri, dan anggota keluarganya menganggapnya sebagai orang yang kurang bijak.

Semua ini kerana Sajo Hyun selalu menunjukkan sisinya yang lain apabila tubuhnya diambil alih oleh Ak Hee. Walaupun begitu, masih ada yang memihak pada Sajo Hyun.

Siapakah yang berpihak pada Sajo Hyun dalam drama Love Song for Illusion?

 

1. Sida Neung

9581725f 0bd3 46b3 8c26 2e90b4fdde46Sida Neung (Woo Hyeon) ialah orang yang menjaga Sajo Hyun sejak kecil, dia sudah menjadi orang kepercayaannya. Sida Neung selalu dapat mengetahui perkara yang terjadi pada Sajo, termasuklah rahsia Sajo yang memiliki alter ego bernama Ak Hee.

Hingga kini Kasim Neung masih menjadi satu-satunya orang kepercayaan yang selalu berada di samping Sajo. Dia juga berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat Ak Hee tertidur dan tidak lagi mengganggu Sajo.

 

2. Ji Jin Seo

Sajo hyunSeterusnya adalah Ji Jin Seo (Han Eun Sung) yang merupakan pengawal Sajo Hyun. Sebelum ini dia adalah orang kepercayaan puteri mahkota yang ditugaskan untuk mengintip Sajo, tetapi akhirnya dia memilih untuk setia dan memihak kepada Sajo walau apa sekali pun yang terjadi.
Sajo sangat mempercayai Ji Jin Seo, setiap kali dia keluar, maka pengawalnya itu akan menggantikannya di dalam bilik tidur. Perkara ini dilakukan supaya tidak menimbulkan kecurigaan dari orang-orang istana.

 

3. Yeon Wol

Love for illusionSelepas Sida Neung dan Ji Jin Seo, Yeon Wol (Hong Ye Ji) adalah orang yang kini juga berada di pihak Sajo. Kedua-duanya melalui banyak perkara bersama, terutamanya di masa-masa sukar Sajo, Yeon Wol selalu ada di sisinya. Seperti waktu mereka dikejar oleh tentera misteri hingga nyawa kedua-duanya terancam.

Yeon Wol juga mengetahui perkara yang terjadi pada Sajo, dimana terdapat roh jahat dalam tubuhnya bernama Ak Hee. Dia juga memutuskan untuk selalu berada dekat dengan Sajo untuk melindunginya, tetapi jika Sajo berubah menjadi raja tidak adil, maka dia tidak akan teragak-agak untuk melawan dan menentangnya.

Hidup yang dijalani Sajo tidaklah mudah, tetapi dia masih beruntung kerana masih ada yang berpihak padanya dalam Love Song for Illusion. Kehadiran ketiga-tiga watak yang tersenarai di atas memberi Sajo perasaan lega kerana masih ada yang menyokongnya.

Baca lagi: Doctor Slump Menonjolkan Pengajaran Betapa Pentingnya Kesihatan Mental pada Semua
Baca juga: BoA Sebagai Watak Antagonis Baharu, Orang Ke 3 dalam Marry My Husband