Home Kdrama/Kmovie 2 Watak Utama Kdrama Doctor Slump Mempunyai Kehidupan yang Berbeza

2 Watak Utama Kdrama Doctor Slump Mempunyai Kehidupan yang Berbeza

0

Dalam drama Doctor Slump, Yeo Jeong Woo (Park Hyung Sik) dan Nam Ha Neul (Park Shin Hye) sebenarnya mempunyai ikatan istimewa yang saling berhubung kait sejak zaman sekolah menengah lagi. Kedua-dua mereka dikenali sebagai pelajar-pelajar bijak dan genius yang selalu bersaing untuk merebut tempat pertama.

Mereka berdua pernah menjadi musuh ketat dan juga terlibat dalam hubungan asmara, Yeo Jeong Woo dan Nam Ha Neul juga sudah putus hubungan sekian lama sejak mereka tamat sekolah menengah lagi.

Pada masa kini, mereka kembali berjumpa melalui situasi yang mengejutkan dan tidak dijangka. Terdapat beberapa perbezaan yang sangat ketara tentang kehidupan Yeo Jeong Woo dan Nam Ha Neul selepas mereka lama tidak berjumpa. Berikut ini adalah senarai perbezaan dan kehidupan kontra mereka berdua dalam “Doctor Slump”:

 

IMG 2816 11. Yeo Jeong Woo berjaya membuka klinik pembedahan plastik sendiri, sementara itu Nam Ha Neul bekerja sebagai doktor pakar bius di Daehan National University Hospital

 

2628439a 872b 4c62 98fb d2b63152d7332. Yeo Jeong Woo merupakan keturunan chaebol dengan kehidupan yang sangat mewah, manakala Nam Ha Neul tampak sederhana dalam kehidupan sehariannya

 

5d3d1b98 63f7 466e 96c3 6232d783b0653. Yeo Jeong Woo selalu dilayan dengan sangat baik dan penuh hormat oleh para pekerja kliniknya. Manakala, Nam Ha Neul menerima layanan buruk dan penganiayaan dari pegawai atasannya

 

7255134c 05c4 4616 99c9 4c4739ee6e394. Yeo Jeong Woo tidak banyak mendapat perhatian dari keluarganya, sementara itu Nam Ha Neul tidak pernah kekurangan kasih sayang dari ibu kesayangannya

 

81cf7279 cbc4 4e9a bfa5 7ea2c18e2cb65. Yeo Jeong Woo sudah terbiasa menjadi sorotan keraba status dan pekerjaannya, manakala Nam Ha Neul tidak banyak berinteraksi dengan orang ramai selain di hospital sahaja

 

65b9c445 c5a2 43c5 a098 e431c19676466. Yeo Jeong Woo tiba-tiba sahaja terlibat dengan tuduhan melakukan tindakan perubatan salah di kliniknya, sementara itu Nam Ha Neul pula didiagnos menghidap penyakit kemurungan akibat tekanan di tempat kerja

 

Doctor slump7. Keluarga Yeo Jeong Woo tampak proaktif membantu masalah anak lelaki mereka tersebut, sementara itu Nam Ha Neul terpaksa memendam kegelisahannya sendirian Yeo Jeong Woo dan Nam Ha Neul kembali bertemu di titik paling rendah dalam kehidupan masing-masing. Oleh yang demikian, kedua-dua mereka mempunyai masalah dan latar belakang kehidupan yang cukup berbeza.

Dijangkakan akan lebih banyak interaksi menarik antara Yeo Jeong Woo dan Nam Ha Neul nanti. Jadi, jangan lupa untuk menonton drama Doctor Slump setiap hari Sabtu dan Ahad di Netflix ya!

Baca lagi: Tayangan Perdana Kdrama Doctor Slump Bermula dengan Baik, Rating Memberangsangkan
Baca juga: 10 Filem Korea Paling Berjaya Pada Tahun 2023, Semua Merajai Box Office