Home Artis Korea 7 Bintang Idol Kpop ini Bawa Watak Sebagai Putera Raja, Ramai Jatuh...

7 Bintang Idol Kpop ini Bawa Watak Sebagai Putera Raja, Ramai Jatuh Cinta

0

Kini, semakin ramai bintang idol KPop yang melebarkan sayap mereka ke dunia lakonan. Nampaknya lakonan mereka tidak boleh dipandang rendah. Kebanyakan mereka diberi kepercayaan untuk membawa watak utama hingga mendapat banyak anugerah sebagai seorang pelakon.

Salah seorang bintang idol KPop yang sedang menarik perhatian adalah Park Ji Hoon bekas anggota kumpulan Wanna One. Bintang itu kini sedang meledak kerana membintangi drama Love Song for Illusion sebagai seorang putera mahkota yang mempunyai perwatakan berganda.

Seperti yang diketahui ramai, watak putera raja juga pernah dibawa oleh bintang idol KPop yang lain dalam drama Korea.

Berikut dibawah ini adalah senarai bintang idol Kpop yang pernah membawa watak sebagai putera raja.

 

Bintang idol1. Kini aktif sebagai pelakom, Park Ji Hoon bekas ahli kumpulan Wanna One membuat kemunculan sebagai putera mahkota dengan perwatakan berganda dalam drama Love Song for Illusion (2024)

 

df5dee5c 0980 480e 84fd f1bb46734a042. Bawa watak sebagai putera mahkota, Lee Jun Ho 2PM jatuh cinta pada dayang yang mempunyai pendirian teguh dalam The Red Sleeve (2021–2022)

 

4e4af837 6c40 461b aba7 7d947c7cab123. Bakal ditayangkan tidak lama lagi, Suho EXO dipilih untuk membawa watak utama sebagai putera mahkota yang diculik dalam The Crown Prince Has Disappeared (2024)

 

8b3482d0 9bd2 424c ad9a b8b4d3f440424. D.O EXO sudah lama melakonkan watak putera mahkota yang mengalami hilang ingatan hingga hidup sebagai rakyat biasa dalam 100 Days My Prince (2018)

 

e2f3ad9b 01b1 4540 89e4 8b9a6d1b30685. Masih dengan anggota kumpulan EXO, Baekhyun mencuri perhatian sebagai putera raja dengan sikap kebudak-budakan dalam Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo (2016)

 

e89c31a0 abd4 4681 84e6 34a0472c6f0f6. Menjadi Putera Agung, Yoo Seon Ho dikenali sebagai putera raja yang sangat baik dalam Under the Queen’s Umbrella (2022), tetapi menyimpan rahsia tersembunyi

 

1afadeb7 cd91 4f0c 832f 7dd4f97a2582

7. Pada tahun 2023, Park Hyung Sik ZE:A berlakon sebagai seorang putera mahkota yang mendapat sebuah sumpahan misteri dalam Our Blooming Youth (2023)

 

d78e8264 da35 45b7 8bed 05e6825c4bad8. Cha Eun Woo ASTRO membawa watak sebagai putera raja dan juga penulis novel dalam Rookie Historian Goo Hae Ryung (2019)

 

37e0f8dd 143c 4f31 8bcf d95ac35383e49. Berbeza dari sebelum ini, Lee Joon bekas anggota kumpulan MBLAQ ini melakonkan watak putera mahkota yang pernah ditentang sewaktu menaiki takhta dalam drama Bloody Heart (2022)

 

0c3510a3 9290 42d4 a0cc e46fb6b4d3f610. Bermula sebagai ahli kumpulan 5urprise, Gong Myung dipilih sebagai second lead sebagai putera mahkota berjiwa bebas yang pandai melukis dalam Lovers of the Red Sky (2021)

 

a7f19d1b c40e 4eb7 a5d0 7f6fee1fd68611. Kang Tae Oh 5urprise juga pernah melakonkan watak putera raja dalam The Tale of Nokdu (2019). Dalam diam, dia merancang pemberontakan

Lakonan sebagai putera raja berjaya ditunjukkan dengan sangat baik dan berkesan oleh para bintang idola KPop di atas. Mereka berjaya membuktikan bahawa bintang idol KPop juga mampu berlakon dengan baik.

Baca lagi: 3 Bintang Idol ini Akan Muncul Sebagai Penyanyi Solo, Debut Pada Februari 2024 ini
Baca juga: Wajah Orang Kaya-Kaya, Ahn Bo Hyun Selalu Bawa Watak Lelaki Chaebol