Home Artis Korea Bintang Twinkling Watermelon Jo Rae Hoon Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya

Bintang Twinkling Watermelon Jo Rae Hoon Bakal Menamatkan Zaman Bujangnya

0

Berita bahagia akhirnya tiba dari pelakon, YouTuber, dan juga pelawak Jo Rae Hoon.

IMG 2913

Baru-baru ini, EDaily melaporkan bahawa dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pramugari selepas mengikat jalinan asmara sejak tahun 2022 .

Untuk maklumat lebih lanjut, berikut dibawah ini adalah berita selengkapnya tentang salah seorang bintang drama Twinkling Watermelon, Jo Rae-hoon, yang akan berkahwin pada 9 Mac 2024 nanti.

 

1. Jo Rae Hoon mengumumkan berita perkahwinannya dengan pramugari pada 9 Mac 2024 nanti

b3f72045 efdf 4253 a898 54b95e8ac246Pada 29 Disember 2024, EDaily melaporkan bahawa pelakon komedi Jo Rae-hoon akan mengahwini teman wanitanya pada 9 Mac 2024 nanti di Seoul. Bakal pengantin perempuan adalah seorang pramugari penerbangan domestik.

Jo Rae-hoon dan bakal isterinya telah menjalin hubungan cinta sejak 2022 lagi. Pasangan ini pertama kali bertemu melalui program gereja dimana benih-benih cinta di antara mereka mula tumbuh ketika melakukan ibadah bersama di gereja.

 

2. Rakan-rakan artis dan pelawak serta penyanyi akan memeriahkan majlis perkahwinan Jo Rae Hoon

c234f323 b929 4293 a07d 2a86ff1ec69eRamai rakan artis dikhabarkan akan hadir ke majlis perkahwinan Jo Rae-hoon. Pelakon komedi Kim Won Hoon akan menjadi pengacara pada hari bahagia sahabatnya itu, selain itu Yun Jun Wan dan penyanyi trot Shin In Seon akan menyumbangkan lagu sebagai ucapan tahniah buat pasangan pengantin.

Baru-baru ini, melalui akaun Instagram peribadinya, Jo Rae-hoon juga mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang rakan-rakan pelawak kerana telah membantunya. Dia berjanji akan hidup bahagia selama-lamanya dengan pilihan hatinya tersebut.

“Saya akan hidup bahagia selamanya. Saya berterima kasih kepada rakan-rakan pelawak KBS Kwon Young Chan dan Kim Seong Gyu yang dengan murah hati membantu saya berkahwin,” tulis pelakon itu melalui akaun Instagram miliknya.

 

3. Perjalanan karier Jo Rae Hoon sebagai pelakon komedi dan profesor

Jo Rae Hoon

Jo Rae Hoon memulakan kerjaya sebagai pelakon komedi selepas terpilih melalui pemilihan awam ke-31 KBS pada 2016 dan merupakan sebahagian dari program Gag Concert yang sangat legenda di jaringan penyiaran tersebut.

Selain dikenali sebagai pelakon komedi, dia juga aktif dalam dunia seni lakon dan pendidikan. Jo Rae Hoon pernah muncul dalam drama hits Twinkling Watermelon dan sekarang bekerja sebagai profesor yang memberi kuliah di universiti.

Selamat berbahagia diucapkan untuk Jo Rae Hoon dan pasangannya!

204b493f 454e 4a69 bea0 927159ac28de

Baca lagi: 7 Bintang Idol Kpop ini Bawa Watak Sebagai Putera Raja, Ramai Jatuh Cinta
Baca juga: BoA Sebagai Watak Antagonis Baharu, Orang Ke 3 dalam Marry My Husband