Home Technology Robot Gundam Gergasi Bergerak-gerak Di Yokohama, Jepun

Robot Gundam Gergasi Bergerak-gerak Di Yokohama, Jepun

0

Populariti robot Gundam pernah meletup dalam dunia anime dan kini ia melangkah keluar dari skrin menuju realiti.

2 2

Watak robot ini menjadi fenomena sejak anime bertajuk Mobile Suit Gundam ditayangkan pada tahun 1979. Kemudian dikembangkan lagi dengan francais media lain seperti siri TV, video game, movie, patung figurine dan novel.

Sempena ulang tahun Mobile Suit Gundam yang ke-40, syarikat Evolving G Co. Ltd. dengan usaha sama pihak bandar Yokohama telah membuka Kilang Gundam Yokohama.

1 2

Fasiliti ini terbahagi kepada dua kawasan iaitu ‘Gundam Dock’ yang menjadi rumah kepada robot gergasi gundam dan pengunjung boleh melihatnya secara lebih dekat. Satu lagi adalah ‘Gundam Lab’, pameran canggih untuk anda tahu lebih lanjut tentang projek ini.

Setelah banyak kali tangguh kerana pandemik Covid-19, akhirnya robot setinggi 18 meter berjaya siap dibina dan dibuka kepada orang awam pada penghujung tahun 2020.

Mengapa bina robot ni di Yokohama? Yokohama merupakan bandar kedua terbesar selepas Tokyo. Berdasarkan sejarah, banyak idea baru termasuk teknologi dan insfrastruktur moden di Jepun seperti kereta api dan alat telekomunikasi lahir di tempat ini.

Kota ini terus berevolusi sebagai tempat pertembungan antara tradisi dan inovasi, kiranya dianggap sebagai perhubungan antara masa lalu dengan masa depan.

 

Sumber: Business Yokohama