Home Technology Kini Anda Boleh Belajar Bahasa Asing Termasuk Korea Dengan Tonton Netflix

Kini Anda Boleh Belajar Bahasa Asing Termasuk Korea Dengan Tonton Netflix

0

Annyeonghaseyo! Kata orang, untuk mahir bahasa asing dengan cepat adalah dengan membawa diri ke tempat, budaya dan bergaul dengan penduduk setempat dalam bahasa yang ingin dipelajari.

Namun kini anda tidak semestinya perlu heret bagasi dan pindah duduk Korea kerana boleh juga belajar bahasa lidah orang sana dengan hujung jari.

Seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @angelicelysian tunjukkan cara bagaimana tonton drama Korea sambil belajar bahasa tersebut di Netflix menerusi videonya.

@angelicelysian

♬ sonido original – abeja

Namun Chrome extension ‘Language Learning with Netflix’ yang ditunjukkan dalam video tersebut sudah ditukarkan kepada ‘Language Reactor’. Difahamkan alat ini hanya berfungsi untuk Google Chrome saat artikel ini ditulis.

wwww

Anda boleh cari dan pasang extension ini di chrome web store atau terus ke laman Language Reactor .

lllll

aaa

Nanti bila buka Netflix, ia akan keluar begini. Skrin belakang dalam gambar ini blank mungkin sebab Netflix tak bagi screenshot kerana isu hak cipta.

zzzz

Extension Chrome ini membolehkan anda menonton rancangan dengan dua sari kata sekali gus lengkap dengan transkrip dan kamus.

Di samping itu, anda dapat mempelajari beberapa perbendaharaan kata baru menerusi terjemahan visual atau memperlahankan dialog untuk belajar baris demi baris ayat subtitle.

ccccc 2

Oleh itu, selamat menonton dan belajar!

Sumber: @angelicelysian/TikTok, The Verge