Oliver Tree telah menempah kontroversi dalam dunia muzik Korea Selatan dan ‘dipanggang’ Kpoppers kerana mengedit foto pengebumian Jonghyun Shinee untuk mempromosikan konsertnya.

Penyanyi solo Amerika itu sempat dimaki oleh majoriti peminat K-Pop akibat caranya yang mempromosikan konsert tour perpisahannya, Goodbye Farewell Tour yang dianggap mempermainkan berita duka seseorang.

Oliver mengedit foto pengebumian Jonghyun dan menggantikan wajah mendiang penyanyi itu dengan wajahnya. Kemudian dia memuat naik hantaran tersebut di YouTube dengan kapsyen ucapan selamat tinggal pada potongan rambutnya yang disamakan seperti mangkuk.

1633974778 untitled 1

Tidak perlu tunggu lama, hantaran tersebut mendapat banyak reaksi daripada peminat Jonghyun dan peminat K-Pop yang membuatkannya segera menghapuskan foto tersebut, berdasarkan petikan artikel portal hiburan Celebrities.id

Namun, penyanyi Amerika itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan untuk memohon maaf. Menurut portal AllKpop, itu cerita kira-kira tiga tahun lepas.

Akhirnya tanggal 10 Oktober lalu, Oliver Tree memuat naik permohonan maaf di akaun Instagram peribadinya sebagai respons kepada peminat K-Pop yang masih marah kerana dia menggunakan foto pengebumian Jonghyun Shinee dulu.

Foto yang digunakan oleh Oliver kelihatan meriah dengan warna-warni bunga, namun sebenarnya tersembunyi kisah duka yang memukul para peminat Jonghyun dan Shinee di sebaliknya.

Jonghyun merupakan salah seorang anggota boy band Shinee sejak tahun 2008. Sayangnya, depresi telah membuatkan Jonghyun bertindak mengakhiri hidupnya dengan cara mengurung diri dalam ruangan penuh asap hingga nyawanya melayang.

Pemergian Jonghyun pada tahun 2017 dan cerita-cerita penderitaannya sedikit sebanyak buka mata orang ramai untuk mengerti betapa kerasnya industri K-Pop dalam beberapa dekad ini.

Previous articlePenulis Selami Kehidupan Renjer Untuk Naskhah Thriller Misteri ‘Jirisan’
Next articleKini Anda Boleh Belajar Bahasa Asing Termasuk Korea Dengan Tonton Netflix