Hati sememangnya bagaikan ditusuk sembilu apabila terpisah dimensi dengan orang tersayang.

Stesen televisyen Korea Selatan, MBC baru-baru ini menyiarkan dokumentari hit berjudul ‘I Met You’ musim ketiga.

Rancangan unik ini menggunakan peralatan dan perisian realiti maya atau virtual reality (VR) terkini untuk menyatukan semula orang awam dengan insan tersayang yang telah meninggal dunia bagi mencipta sekali lagi kenangan bersama.

Pihak TV membuat persediaan selama berbulan-bulan bagi menjayakan pertemuan yang penuh emosi itu dalam realiti maya. Dulu pernah viral seorang ibu dipertemukan dengan anak perempuannya yang sudah tiada.

Walaupun program TV ini pernah dikritik memanipulasi emosi dan membuatkan orang sukar untuk melepaskan orang yang sudah tiada, sedar-sedar musim ketiga pula tiba.

Kali ini seorang wanita bernama Hana Kim pula diberi peluang untuk bertemu dengan ibunya bernama Inae yang meninggal dunia kerana kanser perut menerusi VR.

2 1

Sehingga akhir hayat, Inae hidup untuk berkorban termasuk menjaga cucunya (anak Hana) walaupun sedang sakit kerana anak perempuannya sibuk bekerja. Inae mahu Hana terus mengejar cita-citanya.

Menerusi dokumentari itu, Hana melihat dan bergelut mahu menyentuh ‘ibunya’. Dia menangis semahu-mahunya, emosi bercampur baur antara rindu, penyesalan dan kesyukuran.

3 2

Mendiang ibunya menenangkan Hana sambil berkata, “Sudikah kamu jadi anak emak lagi pada kelahiran akan datang?”

4 2

“Sampai bila-bila pun emak tetap emak Hana. Terima kasih kerana jadi ibu Hana.” balas wanita itu dalam esakan tangis.

“Di dunia ini, saya banyak menerima. Dalam kehidupan seterusnya, saya mahu balas kasih emak.”

Kata-kata Hana membuatkan staf TV yang menonton babak itu turut banjir dengan air mata.

Sumber:[1].[2]

Previous articleSon Dam Bi Buka Cerita Lama Depan Bakal Suami, Pernah Mempunyai Hubungan Sulit Selama Lebih Setahun, Penonton Yang Terkejut!
Next article[Foto] Ini Rupa Watak-watak Cerita Harry Potter Jika Mengikut Gambaran Buku