Home Entertainment Son Dam Bi Buka Cerita Lama Depan Bakal Suami, Pernah Mempunyai Hubungan...

Son Dam Bi Buka Cerita Lama Depan Bakal Suami, Pernah Mempunyai Hubungan Sulit Selama Lebih Setahun, Penonton Yang Terkejut!

0

Penyanyi Son Dam-bi dan bekas pemain skate laju Lee Kyu-hyuk yang akan berkahwin tidak lama lagi telah muncul di SBS “Same Bed, Different Dreams 2: You Are My Destiny” pada 9 Mei lalu.

Dalam rancangan itu, Son Dam-bi membuat pengakuan buat kali pertama bahawa dia telah menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki selama lebih setahun pada 10 tahun yang lalu.

son dam bi lee gyu hyuk 10052022 7

Yang mengejutkan, teman lelaki rahsia Son Dam-bi pada masa lalu itu merupakan bakal pengantin lelaki iaitu Lee Kyu-hyuk.

Son Dam-bi mendedahkan bahawa dia pertama kali bertemu Lee Kyu-hyuk 10 tahun lalu melalui program hiburan SBS “Kim Yuna’s Kiss & Cry”. Dia mengejutkan semua orang dengan berkata, “Kami bercinta selama lebih setahun pada masa itu (tanpa orang tahu).”

Tetapi, selepas setahun lebih bercinta, Lee Kyu Hyuk merasakan dirinya tidak dihormati pada masa itu. Akhirnya, pergaduhan menjadi lebih kerap dan mereka beransur-ansur menjadi jauh dan tidak lagi bersama.

Baca lagi: 2NE1 Terpaksa Merahsiakan Persembahan Di Coachella Kerana YG Entertainment

Baca lagi: “Teruskan Naik Ke Puncak…Kerana Ketika Itu Pasti Ramai Yang Ingin Menjatuhkan Awak”,- Pesan Mangsa Buli Kim Garam LE SSERAFIM

son dam bi lee gyu hyuk 10052022 6

Selepas itu, Son Dam-bi dan Lee Kyu-hyuk bertemu semula selepas 10 tahun. Son Dam-bi melawat kedai bekas teman lelakinya itu, Lee Kyu-hyuk atas cadangan seorang kenalan ketika dia berada dalam situasi yang sukar.

Dia bimbang ia akan menjadi janggal, tetapi dia malah bercakap dengan Lee Kyu-hyuk sehingga jam 6 pagi. Lee Kyu-hyuk mengaku bahawa dia mahu menggembirakan Son Dam-bi.

Kedua-duanya menjanjikan masa depan yang bahagia, mengatakan hari itu mengubah nasib mereka. Son Dam-bi dan Lee Kyu-hyuk akan mengadakan majlis perkahwinan pada 13 Mei ini.

son dam bi lee gyu hyuk 10052022 4