Home Technology Pakar Teknologi Korea Kata Jangan Letak Gambar Gaya ‘Peace’ Di Media Sosial

Pakar Teknologi Korea Kata Jangan Letak Gambar Gaya ‘Peace’ Di Media Sosial

0

Salah satu gaya yang paling digemari ramai ketika bergambar adalah menunjukkan isyarat ‘Peace’. Namun siapa sangka, gaya tunjuk dua jari biasa ini mampu membahayakan keselamatan diri.

EnO9HECXUAA0iDH

Kim Seung Joo seorang profesor di Universiti Korea bahagian keselamatan siber memberi amaran kepada pengguna agar tidak berkongsi gambar pose jari V di media sosial.

“Jika anda membesarkan foto resolusi tinggi yang disiarkan secara tidak sengaja di media sosial, anda boleh mendapatkan bentuk cap jari.” katanya.

Cap jari boleh ditiru dan dimanipulasikan untuk pelbagai tujuan misalnya mengakses maklumat sulit dan peribadi seseorang (seperti maklumat perbankan) menerusi telefon pintar atau tablet sekali gus terdedah kepada bahaya.

Dengan kualiti gambar telefon pintar yang semakin bertambah baik seiring perkembangan teknologi, tidak mustahil jenayah sebegitu mungkin boleh berlaku. Anda perlu lebih berhati-hati ketika swafoto kerana jarak yang dirakam itu lebih dekat.

3 4

Lazimnya kita mengakses media sosial atau perbankan dengan menggunakan kata laluan namun kini penggunaan cap jari digunakan secara meluas untuk tujuan keselamatan.

“Memandangkan aplikasi teknologi biometrik dalam keselamatan siber semakin meningkat dalam kehidupan hari ini, saya tak fikir ia adalah perkara yang boleh dipandang ringan. Jadi, saya rasa lebih baik jangan letak gambar pose jari V di media sosial.” kata Profesor Kim.

Sumber: [1], [2]