Home Reality Show Single’s Inferno 2 Bakal Kembali Dengan Lebih Panas, Bagaimana Para Peserta Direkrut

Single’s Inferno 2 Bakal Kembali Dengan Lebih Panas, Bagaimana Para Peserta Direkrut

0

Program realiti TV Netflix hit, ‘Single’s Inferno’ dilaporkan bakal kembali dengan musim kedua.

Menurut Netflix, penggambaran program realiti Single’s Inferno 2 telah disahkan. Namun masa dan tarikh tayangan masih belum diketahui.

Terkini pihak produksi sedang merekrut para perserta. Ketika musim pertama, pencarian perserta memang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh produser bagi menjayakan program TV terbabit.

Prosesnya begitu selektif seperti semakan latar belakang dan temu duga bagi memastikan mereka dapat memenuhi kehendak audiens.

Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk seperti tanda pagar Instagram, mesej di laman sosial, rekomendasi daripada kenalan dan berjalan-jalan memberi risalah bagi mencari bakat baru.

Bagi calon yang terpilih, ketahanan stress dan kesihatan mental mereka turut diuji menerusi rundingan dengan pakar psikiatri.

Manakala untuk musim kedua ini, Netflix sendiri yang akan mencari perserta menerusi platform media sosial Netflix.

Memandangkan para peserta musim pertama mencapai populariti dari media sosial hingga membawa ke pengiklanan, ekspektasi terhadap peserta musim kedua ini juga tinggi.

Baca lagi: ‘Detektif’ Netizen Korea Gigih Kumpul Bukti Barangan Berjenama Tiruan Free Zia

Baca lagi: Selepas Kontroversi Pakai Barangan Mewah Palsu, Netizen Korea ‘Back Up’ Free Zia

Sumber: [1],[2]