Home Kdrama/Kmovie Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton...

Ramadhan Raya Kembali Lagi, Ini 5 K-Drama Terbaru Yang Anda Wajib Tonton April Ini

0

Siap sedia semua penonton setia drama Korea!

Dalam bulan Mac, ada pelbagai K-Drama menarik yang telah ditayangkan, namun kebanyakkannya sudah hampir tamat.

Jangan risau, pada bulan April ini akan ada 5 lagi K-Drama terbaru yang akan menemani Ramadhan Raya anda. Berikut adalah 5 drama Korea terbaru sepanjang April 2022 di Viu.

1. Again My Life

Pelakon utama: Lee Joon-gi, Lee Kyung-young, Kim Ji-eun

Tarikh tayangan: 8 April 2022

Screenshot 2022 04 14 115218

“Again My Life” diadaptasi daripada novel tulisan Lee Hae-nal yang turut menerima respon yang baik sebagai webtoon.

Ianya membawa kisah tentang Kim Hee-woo (Lee Joon-gi), seorang pelajar sekolah menengah yang gred akademiknya agak teruk. Melalui kerja keras, Kim Hee-woo berjaya memasuki universiti dan akhirnya lulus peperiksaan peguam.

Dia mula mengalami masalah apabila dia berhadapan dengan kejahatan yang akhirnya menyebabkan dia kehilangan nyawanya.

Namun, sesuatu yang aneh telah berlaku dan dia telah diberi kesempatan untuk hidup semula demi menegakkan keadilan.

2. Shooting Stars

Pelakon utama: Lee Sung-kyung, Kim Young-dae

Tarikh tayangan: 22 April 2022

nonton streaming download drakorindo shooting stars sub indo viu slide banner 800x450 1

“Shooting Stars” membawa kisah disebalik tabir dunia hiburan Korea melibatkan komuniti seperti pasukan PR, pengurus, dan wartawan yang membantu membersihkan kerosakan yang dilakukan oleh selebriti.

Kisah romantik komedi ini menceritakan tentang Oh Han-byul (Lee Sung-kyung), ketua pasukan PR di sebuah agensi hiburan dan bekerja dengan Gong Tae-sung (Kim Young-dae), seorang selebriti popular yang juga merupakan musuh ketatnya.

Ramai orang menyayangi Gong Tae Sung kerana senyumannya yang manis dan rupa paras yang kacak. Tetapi sikap manis itu hanya berlaku apabila dia berada di publik.

Banyak masalah yang perlu diuruskan Oh Han Byul demi menutup segala tingkah laku buruk Gong Tae Sung. Mampukah Oh Han Byul bertahan dengan sikap Gong Tae Sung? Sama-sama kita saksikan 22 April ini di Viu.

3. From Now On, ShowTime

Pelakon utama: Park Hae-jin, Jin Ki-joo

Tarikh tayangan: 23 April 2022

Screenshot 2022 04 14 115125

“Showtime Begins!” membawa kisah tentang Cha Cha-woong (Park Hae-jin), seorang ahli silap mata yang menawan dengan kemahiran yang luar biasa, tetapi ada lebih banyak lagi pada lelaki misteri ini, iaitu dia boleh melihat dan berinteraksi dengan hantu.

Go Seul-hye (Jin Ki-joo) ialah seorang pegawai polis yang bekerja siang dan malam. Dia bukan sahaja rajin, tetapi juga bersemangat tentang pekerjaannya.

Selepas dia bertemu dengan Cha-woong, mereka memulakan perjalanan yang menarik untuk menangkap orang jahat dan menyelesaikan kes jenayah. Plot berkembang apabila mereka secara beransur-ansur mengembangkan perasaan antara satu sama lain.

4. The Killer’s Shopping List

Pelakon utama: Lee Kwang-soo, Kim Seol-hyun, Jin Hee-kyung, Shin Sung-woo

Tarikh tayangan: 27 April 2022

killer

Ahn Dae-Sung (Lee Kwang-Soo) mempunyai ingatan yang sangat baik. Dia juga seorang yang pemalu. Walaupun dia gagal dalam peperiksaan untuk menjadi pegawai awam selama 3 tahun, dia masih berusaha untuk lulus peperiksaan itu.

Dae Sung bekerja sambilan di MS Mart milik ibunya Myung-Sook (Jin Hee-Kyung). Teman wanitanya ialah Do A-Hee (Seol Hyun) dan dia bekerja sebagai pegawai polis. A-Hee dan Myung Sook merupakan ‘supporter’ utama Dae Sung.

Pada suatu hari, satu kes pembunuhan misteri telah berlaku di sebuah bangunan pangsapuri berhampiran MS Mart.

A-Hee menyiasat kes pembunuhan itu sendiri. Tidak lama kemudian, Dae-Sung dan Myung-Sook turut membantu A-Hee. Satu-satunya petunjuk kes pembunuhan itu ialah resit yang dikeluarkan daripada MS Mart.

5. Monstrous

Pelakon utama: Koo Kyo-hwan, Shin Hyun-been

Tarikh tayangan: 29 April 2022

nonton streaming download drakorindo monstrous sub indo viu slide banner 800x450 1

Drama khas untuk pencinta genre thriller. “Monstrous” menceritakan tentang Jung Ki-hoon (Koo Kyo-hwan) mencari fenomena ghaib pelik sebagai ahli arkeologi, tetapi kes yang tidak dijangka menyebabkan hidupnya berubah.

Dia kini menerbitkan majalah okultisme Monthly Strange Story dan mengendalikan saluran YouTube Monthly Strange Story.

Kerana bekas isterinya, Lee Soo-jin (Shin Hyun-been), dia pergi ke Daerah Jinyang untuk menyelidik ‘Gwibul’ (patung Buddha yang dirasuk roh jahat). Di sana, dia menghadapi fenomena yang sangat pelik dan menakutkan.

Artikel Berkaitan: 3 Perkara Yang Kami Suka Tentang ‘F4 Thailand: Boys Over Flowers’

Artikel Berkaitan: Sinopsis Again My Life: Bangkit Melawan Salah Guna Kuasa Dan Korupsi

Sempena Ramadhan Raya, anda boleh menonton/ muat turun drama Korea terbaru ini di Viu

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton kesemua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.