Home Kdrama/Kmovie 7 K-Drama Terbaru Beratur Nak Keluar Bulan Ogos 2021

7 K-Drama Terbaru Beratur Nak Keluar Bulan Ogos 2021

0

Dah ready dengan popcorn? Berikut tujuh K-Drama terbaru yang anda boleh layan:

1. The Road: Tragedy of One

c77badce0dbdcfb852c8ecd09fe0d67baea66eb4r1 600 285v2 hq

Baek Soo Hyun (Ji Jin Hee) merupakan wartawan penyiaran popular di Korea Selatan. Karismanya sebagai seorang pembaca berita di mata awam membuatkan tiada siapa menyangka yang dia sebenarnya seorang yang dingin dan berkira.

Dia kahwin dengan Seo Eun Soo, anak pengerusi syarikat Jegang Group yang berpengaruh dalam dunia ekonomi dan politik. Bila berhadapan dengan tragedi, Seo Eun Soo nekad nak melindungi keluarganya.

Tarikh tayangan: 4 Ogos

2. The Second Husband

 

largephoto1355109 1

Keluarga Bong Seon Hwa menubuhkan syarikat gula-gula terbesar di Korea Selatan. Malangnya, Seon Hwa kehilangan semua yang dia ada akibat kejadian tragis berlaku semasa kecil.

Dia jatuh cinta dan berkahwin dengan Moon Sang Hyeok, yang tinggal di kawasan berhampiran dengannya.

Sayangnya Moon Sang Hyeok mengkhianati dia. Lebih memedihkan lagi dia kehilangan anaknya dan diugut bvnvh oleh orang yang tidak dikenali. Selepas berdepan dengan banyak pengkhianatan dan tragedi dalam hidupnya, dia memutuskan untuk membalas dendam.

Tarikh tayangan: 9 Ogos

3. Check Out the Event

check out the event 2

Drama ini mengikuti perjalanan emosi dua bekas kekasih yang kena berpura-pura jadi pasangan demi pakej pelancongan yang mereka menangi dalam satu acara.

Park Do Kyum merupakan ketua dan vokalis kumpulan indie. Meskipun dia kelihatan sombong dan pemarah, terselit juga sisi romantis.

Ha Song Yi, seorang wanita muda yang optimis dan periang. Seorang pekebun yang pegang kata-kata ibunya bahawa manusia boleh mengkhianati sesama mereka tetapi tidak tumbuh-tumbuhan.

Seo Ji Gang pula penulis artikel yang jadi pemandu pelancong untuk pasangan ini untuk jadi bahan penulisannya. Bila dia mula ada hati pada Song Yi, bermula lah kisah cinta tiga segi bagi ketiga-tiga watak ini.

Tarikh tayangan: 14 Ogos

4. Lovers of the Red Sky

red sky k drama 7 1611885756

Semasa Dinasti Joseon (1392-1910), tinggal seorang wanita muda bernama Hong Chun Gi (Kim Yoo Jung).

Dia adalah pelukis, satu profesion yang tidak sesuai bagi wanita mengikut ajaran Konfusianisme.

Kemudian dia bertemu Ha Ram (Ahn Hyo Seop), seorang ahli nujum yang berbakat meramal masa depan dengan cara membaca pergerakan langit pada waktu malam. Hong Chun Gi jatuh cinta pada Ha Ram, dan berazam untuk memenangi pemuda nujum itu.

Tarikh tayangan: 23 Ogos

5. Flying Butterflies

img 20210124 193359 436d1ba72031bce0bed77ec9c1bf74d3 a35612c23bd474644eb8a5a25af9b848

Gwang Soo (Choi Daniel), seorang pendandan rambut profesional ada bisnes salon rambut bernama Fly High Butterfly

Kim Hyang Gi berlakon sebagai Gi Bbeum, pelatih di Fly High Butterfly. Park Jung Woo sebagai Moo Yeol, bos kepada Gi Bbeum. Moon Tae Yoo membawa watak sebagai Teacher Woo, dan Kim Ka Hee memainkan Manakala So Ri, seorang pelatih yang ramah dan optimis.

Tarikh tayangan: 23 Ogos.

6. D.P. Dog Day

E7g97p8UUAU6F J

Lelaki warga Korea Selatan berusia antara 18 dan 28 tahun wajib menjalani latihan ketenteraan dalam tempoh tertentu.

Tetapi ada juga yang mengelat, jadi Jun Ho ditugaskan untuk tangkap calon tentera yang dianggap pengkhianat ini dan mesti berkhidmat untuk negara walau apa pun alasannya.

Tarikh tayangan: 27 Ogos

7. Hometown ChaChaCha

E8Y8QZkUYAIliGW

Yoon Hye Jin (Shin Min Ah), seorang doktor gigi berjaya dan bercita-cita tinggi. Gadis bandar ini berpindah ke kampung Gongjin, dan mulakan hidup baru di sana.

Hong Du Sik (Kim Seon Ho), seorang lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masanya terisi dengan sibukkan diri bantu orang.

Apabila kedua-duanya bertemu, tidak perlu tambah gula ke dalam air teh, cukup dengan kisah cinta mereka yang manis di Kampung Gongjin.

Tarikh tayangan: 28 Ogos.

Sumber: VOI