Roti keju bawang putih atau Korean Garlic Cheese Bun ini merupakan snek dan ‘street food’ yang trendy di Korea Selatan.

Mengikut perkongsian resepi daripada saudari Tyra Manan dalam group FB ‘Masak Apa Hari Ni… (MAHN)’, berikut langkah-langkah mudah untuk buat roti ini:

Bahan Sos Bawang Putih

  • Bawang Putih – Cincang
  • Butter – 100g
  • Mayonis – 2 sudu makan
  • Telur – 1 biji
  • Parsley
131510694 960700388022026 1056652320514005127 n
Kredit gambar: Tyra Manan

Cara Penyediaan:

Cairkan butter dan biarkan sejuk sikit baru campurkan semua bahan tadi. Jangan campur masa panas-panas nanti jadi telur goreng pula.

Bahan Inti

  • Cream cheese – 250g
  • Susu pekat – 2 sudu makan
131342536 960700428022022 7567810866859243431 n
Kredit gambar: Tyra Manan

Cara Penyediaan:

Mix cheese dengan susu pekat sampai sebati lepas tu boleh la masukkan dalam piping bag.

CARA PIPEKAN CHEESE KE DALAM ROTI:

202170463 960700474688684 2552530466597958207 n
Kredit gambar: Tyra Manan
  1. Ambil roti bulat burger tu potong 6 bahagian jangan putus. Kalau nak guna roti sosej pun boleh je & kena belah-belahkan tapi jangan bagi putus juga.
  2. Pipekan kan celah-celah roti yang dah dibelah.
  3. Sapu sos garlic tadi tu kat atas roti.
  4. Bakar suhu 150-160 selama 10-15 minit. Ikut pada oven masing-masing.
199850202 960700524688679 8918962602533038527 n
Kredit gambar: Tyra Manan

Selamat mencuba!

Previous articleRobot Gundam Gergasi Bergerak-gerak Di Yokohama, Jepun
Next articleHampir Setahun Bercinta, Yoon Kye Sang Bakal Berkahwin dengan CEO jenama kecantikan