Connect with us

Drama

Hampir Setahun Bercinta, Yoon Kye Sang Bakal Berkahwin dengan CEO jenama kecantikan

Pelakon Kdrama yang tidak asing lagi nama nya iaitu Yoon Kye Sang mengumumkan bakal berkahwin dengan teman wanitanya yang juga ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah jenama kecantikan tidak lama lagi. Wow Mesti ramai yang tak sabar nak lihat teman wanita dia kan.

Menerusi laporan Soompi, agensi pengurusan JUST Entertainment memberitahu Yoon Kye Sang dan kekasih yang lima tahun lebih muda daripadanya itu akan mendaftar perkahwinan terlebih dahulu.

Berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, pasangan itu mengambil keputusan untuk menangguh dahulu majlis perkahwinan mereka.

“Yoon Kye Sang akan berkahwin dengan seseorang yang dicintai. Wanita yang berjaya memikat hatinya itu adalah seorang ahli perniagaan yang lima tahun lebih muda daripadanya.

“Mereka mula menjalinkan hubungan cinta sejak hujung tahun lalu dan ketika itu sudah pun serius ke arah perkahwinan. Mereka juga sudah mendapatkan restu daripada kedua-dua keluarga untuk berkahwin.

“Perancangan awal, mereka hanya akan daftar perkahwinan dahulu sebab sukar untuk mengadakan majlis dalam keadaan Covid-19 sedang melanda,” tulisnya.

Sumber: Allkpop

Continue Reading
Advertisement

Copyright © 2021 DaebaKing Media Sdn Bhd