Home Uncategorized BTS ‘Epic Fail’ Dalam Cabaran Bola Tampar Guna Kaki, Peminat Kata “Tiada...

BTS ‘Epic Fail’ Dalam Cabaran Bola Tampar Guna Kaki, Peminat Kata “Tiada Bakat Langsung”

0

Dalam satu episod RUN BTS, ahli BTS telah menyertai suatu aktiviti yang dirancang tanpa pengetahuan mereka, di mana mereka dibawa ke sebuah padang. Aktiviti tersebut memerlukan mereka bermain permainan bola tampar menggunakan kaki.

bw104

Tidak dinafikan para peminat yang menonton merasakan BTS memang sangat ‘fail’ dalam sukan ini, tetapi pada akhirnya memahami bagaimana mereka menjadi kumpulan boyband K-Pop terbesar di dunia.

Permainan bermula dimana syarat permainan adalah ahli BTS perlu memastikan bola melepasi net (pastinya menggunakan kaki) sebanyak 15 kali (pass) bagi sekali permainan, dan sebanyak tiga kali percubaan.

Sekiranya berjaya, mereka akan diberikan makanan ringan, lalu ahli-ahli BTS kelihatan bersemangat untuk bermain untuk memenangi beberapa ‘munchies’! Kemudian BTS segera mula berlatih sesama mereka sebelum memulakan permainan sebenar.

Namun bola tampar menggunakan kaki tidak semudah yang mereka sangka. Tiada seorang pun ahli BTS yang mempunyai kawalan baik terhadap bola. Pendek kata tiada bakat langsung! J-Hope bersungguh-sungguh mengangkat kakinya untuk menendang bola, namun tidak berjaya.

Kemudian ahli BTS cuba untuk menukar posisi sesama mereka, untuk memaksimumkan peluang mereka untuk memenangi permainan itu. Meskipun tahu hadiah itu tidak penting pun tetapi semua ahli bersemnagat dan terus bermain mengikut syarat yang dikenakan.

Walau bagaimanapun, ahli BTS seakan sedar sepertinya agak susah untuk melakukan 15 ‘pass’. Apa tidaknya, baru 1 ‘pass’, rakan mereka di sebelah ‘side’ pula tidak mampu membalas. Hahaha!

Penerbit akhirnya buat keputusan dimana cabaran itu dikurangkan dari 15 ‘pass’ kepada 3 ‘pass’ sahaja dan ini seolah-olah telah menggalakkan ahli BTS untuk terus mencuba.

Ini adalah percubaan pertama mereka, dimulakan oleh J-Hope

Percubaan kedua mereka, dimulakan oleh Jungkook

Dengan hanya berbaki satu percubaan sahaja lagi, anggota BTS kelihat berasa gugup. Mereka sepakat untuk berlatih terlebih dahulu. Sementara penerbit dan penonton mula berasa sedikit kasihan dengan ahli BTS kerana perlu menyahut cabaran ini

Dengan hanya satu peluang yang tinggal, ahli BTS berkumpul dan saling memberi kata-kata semangat. ARMY mula melihat bahawa ia adalah satu sikap positif yang perlu dilakukan dan bersatu seperti kejayaan yang pernah mereka capai melalui kerjasama sesama mereka

Malangnya, peluang terakhir mereka juga gagal

Dan mereka diberi satu lagi percubaan tambahan

Percubaan tambahan lagi..

Dan ini percubaan mereka yang terakhir di antara yang terakhir!

Selepas mereka menyedari semua usaha mereka berakhir dengan kegagalan, mereka akhirnya mengaku kalah dan melangkah keluar dari gelanggang pergi. Meskipun kalah dalam cabaran tersebut namun tidak ada ahli BTS yang terkejut dengan kekalahan mereka!

Sebaliknya, mereka semua ketawa sesama sendiri dan berkata ia menyeronokkan untuk sesekali beriadah dan melakukan aktiviti yang bukan bidang mereka.

Memandangkan populariti BTS melonjak di seluruh dunia, kebanyakan peminat menonton semula episod ini hanya untuk melihat bahawa BTS telah berjaya sejak awal lagi.

ARMYs tetap terinspirasi sepenuhnya dengan ahli BTS yang menyahut segala cabaran, kesabaran mereka dalam menempuh masa sukar dan memenatkan, dan sifat positif mereka yang mahu bekerja keras menerusi latihan demi latihan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: koreaboo