Home News Laporan Terbaru Dedah Song Hye-kyo Dan Song Jong-ki Tidak Sebumbung Sejak 9...

Laporan Terbaru Dedah Song Hye-kyo Dan Song Jong-ki Tidak Sebumbung Sejak 9 Bulan Lalu

0

Sebuah agensi berita mendedahkan Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mula hidup secara berasingan sejak September 2018, hanya 11 bulan selepas perkahwinan mereka.

Mengikut sumber yang rapat dengan Song Joong Ki, pelakon lelaki itu berpindah keluar dari rumah yang mereka tinggal bersama pada September lalu ketika dia memulakan penggambaran Arthdal ​​Chronicles.

bw97

” Sejauh yang saya tahu, Song Joong Ki berpindah keluar dari rumah mereka ketika dia memulakan penggambaran drama. Sejak itu, dia tinggal bersama rakan artis rapatnya.”, kata sumber tersebut

Malah, laporan berhubung masalah antara Song Hye Kyo dan Song Joong Ki mula dihidu pada sekitar akhir tahun lalu dan spekulasi tersebut bertiup kencang selepas Song Hye Kyo dilihat beberapa kali tidak memakai cincin perkahwinan.

Dalam pada itu, perkahwinan pasangan selebriti popular itu berakhir selepas hanya 1 tahun dan 8 bulan mendirikan rumahtangga.

Kedua-dua belah agensi mewakili pasangan tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengesahkan perceraian mereka dan turut memohon maaf  atas pengumuman yang mengejutkan itu.

Bukan sekadar pihak media, namun berita perceraian pasangan sensasi itu turut menjadi tumpuan peminat mereka yang berasa sedih atas perpisahan artis kesayangan mereka.

Sementara itu, Channel A dalam telah mengesahkan melalui sumber yang dekat dengan Song Joong Ki bahawa dia memfailkan perceraian tanpa memberitahu isterinya, Song Hye Kyo terlebih dahulu.

Menurut laporan Channel A lagi, Song Joong Ki mengemukakan permohonan perceraian pada 26 Jun, pada hari yang sama dia pergi menonton muzikal. Bagaimanapun, dia juga tidak memberitahu Song Hye Kyo tentang perkara tersebut sehingga isterinya itu hanya mengetahuinya melalui media.

Sumber sama yang dekat dengan Song Joong Ki menjelaskan di mana dia percaya Song Joong Ki cuba mempercepatkan proses perceraian yang boleh ditafsirkan sebagai amaran kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi berlebihan.

” Tujuannya juga adalah untuk memberi amaran kepada Song Hye Kyo agar tidak cuba berbohong  tentang kehidupan perkahwinan mereka atau maklumat tentang perceraian mereka, kerana Song Joong Ki akan mendedahkan segala-galanya”, jelas sumber

bw100

Difahamkan juga pihak Song Joong Ki sedang berusaha untuk menyelesaikan proses perceraikan secepat mungkin tanpa sebarang campur tangan dari Song Hye Kyo.

Mahkamah dijangka memulakan timbangtara mengenai perceraian mereka dalam masa sebulan, yang bermaksud keseluruhan proses perceraian dapat diselesaikan pada bulan Ogos.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: koreaboo