Home Uncategorized Rakaman CCTV Kemalangan Kim Sae Ron Telah Didedahkan, Netizen Terkejut Pelakon Itu...

Rakaman CCTV Kemalangan Kim Sae Ron Telah Didedahkan, Netizen Terkejut Pelakon Itu Terus Memandu

0

Pada 18 Mei, rakaman CCTV mengenai kemalangan Kim Sae Ron telah didedahkan. Saluran berita YTN mendedahkan rakaman CCTV semasa siaran berita mereka. Menurut CCTV, Kim Sae Ron memandu sebuah SUV berwarna hitam.

Rakaman itu menunjukkan Kim Sae Ron membelok kiri ke jalan besar. Kereta itu, bagaimanapun, terlebih pusing lalu terlanggar dan termasuk ke dalam pagar pengadang. Kereta itu kemudian berundur dan terus memandu.

unnamed 1

unnamed 2

unnamed 3

Apabila melihat rakaman tersebut, netizen berasa kecewa dengan tindakan pelakon muda itu. Netizen mengecam Kim Sae Ron kerana terus memandu walaupun selepas kemalangan itu, berkata “ia adalah situasi berbahaya bagi pemandu dan pejalan kaki lain.”

“Dia sepatutnya berhenti selepas kemalangan pertama. Saya tidak percaya dia terus memandu.”

“Apa ini… ini tindakan gila, dia boleh terus memandu…” dan “gila dia langgar kotak elektrik tu sampai terputus bekalan elektrik di sekitar tempat kemalangan itu berlaku …”

unnamed 5

Pada pagi 18 Mei, pelakon Kim Sae Ron telah disoal siasat kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. Pelakon itu dikatakan mabuk sehingga tidak dapat bercakap dengan jelas. Pelakon itu juga menolak ujian pernafasan dan dibawa ke hospital berdekatan untuk ujian darah.

Akibat merempuh pengubah elektrik, Kim Sae Ron telah menyebabkan kelewatan besar-besaran untuk orang yang menaiki komuter.

Artikel Berkaitan: “Tarikh Birthday, Tarikh Kantoi Memandu Mabuk, Tempat….Sama?!” Netizen Terkejut Dengan Persamaan Kes Mabuk Kim Sae Ron Dan Lizzy

Baca lagi: Kerana Kesalahan Hospital Im Soo Hyang ‘Termengandung’ Sebelum Kahwin, Ini 3 Fakta Menarik “Woori The Virgin”!

Sumber: [1]