Home News Kerana Kesalahan Hospital Im Soo Hyang ‘Termengandung’ Sebelum Kahwin, Ini 3 Fakta...

Kerana Kesalahan Hospital Im Soo Hyang ‘Termengandung’ Sebelum Kahwin, Ini 3 Fakta Menarik “Woori The Virgin”!

0

Pada hari Ahad lalu (8 Mei), drama terbaru Im Soo Hyang “Woori The Virgin” telah mula disiarkan secara rasmi. Jika trend terkini banyak drama diadaptasi daripada Webtoons, drama “Woori The Virgin” ini pula merupakan drama yang diadaptasi daripada siri Amerika Syarikat yang bertajuk “Jane The Virgin”.

Selain itu, terdapat juga fakta menarik lain mengapa peminat k-drama wajib menonton drama komedi romantik ini. Jom kita lihat!

1. Pertemuan semula Im Soo Hyang dan Sung Hoon

potret adegan im soo hyang dan sung hoon dalam drama woori the virgin foto instagramcomsbsdramaofficial

Selain menandakan kembalinya Im Soo Hyang ke skrin televisyen, Woori The Virgin juga merupakan drama pertemuan semula antara Im Soo Hyang dan Sung Hoon.

Sebelum ini, dua pelakon berbakat Korea Selatan itu pernah membintangi dua drama bersama iaitu New Tales of Gisaeng (2011) dan Five Enough (2016).

Oleh kerana sudah tiga kali berkerja bersama, ‘chemistry’ antara Im Soo Hyang dan Sung Hoon itu memang tidak dapat dinafikan lagi di dalam drama terbaru mereka ini.

2. Kisah yang romantik dan kelakar

potret sung hoon dan im soo hyang dalam poster drama woori the virgin foto instagramcomsbsdramaofficial

Penonton akan disajikan dengan pelbagai adegan romantik dan kelakar daripada dua watak utama dalam drama ini, Oh Woo Ri (Im Soo Hyang) dan Raphael (Sung Hoon).

Woori The Virgin mengisahkan tentang kehidupan penolong penulis drama Makjang bernama Oh Woo Ri (Im Soo Hyang) yang bertekad untuk menjaga kesuciannya sehingga berkahwin.

Tetapi terdapat kesalahan dalam perubatan yang telah memusnahkan prinsip Oh Woo Ri kerana dia terpaksa mengandungkan seorang anak lelaki daripada Raphael (Sung Hoon) yang merupakan seorang CEO dari kosmetik berjenama.

Untuk pengetahuan, Woo Ri sudah mempunyai teman lelaki bernama Lee Gang Jae (Shin Dong Wook) yang bekerja sebagai detektif. Di dalam drama ini, penonton akan menyaksikan kepayahan Oh Woo Ri dalam memilih di antara teman lelakinya ataupun Raphael (ayah kepada anak yang dikandungnya).

Baca lagi: 5 Rancangan Makanan Korea Yang Mencabar Nafsu Makan Anda

Baca lagi: 5 K-Drama Terbaru Paling ‘Hot’ Di Viu, Wajib Tonton Semasa Cuti Raya

3. Diadaptasi daripada siri terkenal Amerika Syarikat

potret pembacaan naskah woori the virgin bersama para pemeran utama foto instagramcomsbsdramaofficial

Selain dilakonkan oleh barisan pelakon berbakat, plot drama ini juga diadaptasi daripada siri terkenal Amerika berjudul “Jane The Virgin”. Sementara itu, Jane The Virgin sendiri juga merupakan siri yang diadaptasi daripada telenobela Venezuela berjudul ‘Juana la Virgen’.

Walaupun diadaptasi daripada dua siri terkenal yang berbeza, Woori The Virgin bakal menyajikan kisah cinta romantis dengan sentuhan budaya Korea dan kemahiran lakonan yang hebat daripada para pelakon.

Semua episod Woori The Virgin boleh ditonton menerusi laman web atau muat turun aplikasi Viu.

Jangan lupa untuk aktifkan akaun anda ke Viu Premium, supaya anda boleh menonton semua drama dan filem pilihan anda tanpa iklan.