Home Reality Show 5 Rancangan Makanan Korea Yang Mencabar Nafsu Makan Anda

5 Rancangan Makanan Korea Yang Mencabar Nafsu Makan Anda

0

Dunia hiburan Korea Selatan meriah dengan pelbagai kandungan yang menghiburkan, bermula dari muzik K-Pop, drama sehinggalah rancangan hiburan atau variety show.

Apabila sebut tentang variety show, tema makanan juga tidak kalah popular. Jom lihat apa rancangan hiburan menarik di Viu jika anda suka makan:

#1 Baek Jong Won’s Alley Restaurants

Boleh dikatakan setiap kali buka rancangan Korea yang berkaitan makanan, mesti ada kelibat chef Baek Jong Won ni. Beliau merupakan chef selebriti di Korea Selatan.

Dalam rancangan ini, chef Baek melawat restoran-restoran yang mempunyai krisis dan menawarkan solusi serta petua kepada tauke restoran seperti soal kebersihan, harga, pengurusan pelanggan yang efisien dan resipi hidangan.

Baek Jong Won’s Alley Restaurants ini menarik kerana memaparkan usaha untuk menyelamatkan industri restoran Korea yang rebah. Jadi anda boleh tonton bagaimana pengusaha restoran bangkit semula dengan bantuan chef Baek.

#2 Three Meals A Day

Program realiti masakan ini memaparkan para bintang Korea yang pergi ke tempat terpencil dan perkampungan nelayan untuk tiga hari dalam seminggu. Mereka ditugaskan untuk guna apa sahaja bahan yang dijumpai di sana dan memasak tiga hidangan sehari.

K-Show ini ada banyak musim, dan musim terkini adalah Three Meals a Day: Doctors. Sekiranya anda layan K-drama Hospital Playlist, mesti anda kenal punya siapa para pesertanya. Bayangkan, dari pegang stetoskop kena pegang senduk pula dalam rancangan ini.

#3 Blimey Food

Berbeza dengan K-show lain yang memaparkan masakan dan restoran Korea, kali ini orang Korea pula cari makanan Malaysia. Blimey merupakan geng Youtuber dari Korea yang terkenal di Malaysia kerana selalu buat konten tentang Korea-Malaysia.

Antara paparan menarik daripada konten Blimey sudah semestinya tentang makanan. Menerusi video-video mereka, anda boleh saksikan gelagat mereka memakan burger Ramly, durian, kuih raya, belajar buat rendang dan food trip di restoran Malaysia di London.

#4 Stars Top Recipe At Fun-staurant

Ini merupakan perang masakan antara selebriti. Berdasarkan tema (jenis makanan) yang ditetapkan, para selebriti akan buat resipi dan memasak sendiri. Kemudian hidangan tersebut akan dinilai oleh panel hakim yang terdiri daripada chef, artis dan pihak rangkaian kedai serbaneka di Korea.

Apa yang menarik, hidangan yang terpilih untuk menang akan dijual di seluruh cawangan kedai serbaneka terbesar Korea sebagai edisi terhad. Hasil jualan akan didermakan kepada badan kebajikan.

Dalam rancangan ini, anda akan terkejut dengan skil memasak selebriti itu dan hidangan unik yang disajikan (Secara peribadinya, saya suka tengok Yuri masak telur burung unta).

#5 Viu Food

56

Viu Food memaparkan rancangan masakan dan tutorial resipi seperti sandwich tortilla telur, tteokbokki dan snek popular Korea. Selain itu, hos rancangan ini turut mengunjungi restoran dan kafe terkenal di Korea.

Antara tempat makan yang dikunjunginya adalah restoran Perancis, Russia dan kedai manisan. Saya paling tertarik dengan Episod 246, iaitu tentang bakeri popular di Seoul yang menjual aneka roti dan pastri dari Turki.

Kedatangan hos tersebut disambut aroma roti yang sedap dan dekorasi eksotik bercirikan Turki yang membuatkan wanita Korea berkenaan berasa seolah-olah sedang mengembara ke negara lain.

Semua rancangan hiburan Korea berkaitan makanan di atas boleh ditonton menerusi laman web atau muat turun aplikasi Viu. Aktifkan akaun anda ke premium supaya dapat menonton semua rancangan dengan selesa.