Home Uncategorized Badan Chef Turki Terkenal CZN Burak Semakin Kurus, Dilaporkan Sedang Menghidap Tumor...

Badan Chef Turki Terkenal CZN Burak Semakin Kurus, Dilaporkan Sedang Menghidap Tumor Otak

0

“Pray For Burak” kini tersebar luas di media sosial kerana tukang masak terkenal Turki Burak Özdemir dikhabarkan menghidap tumor otak.

Populariti sebagai CZN Burak, teknik uniknya menyediakan makanan sambil memandang tepat ke arah kamera sambal memberikan senyuman lebar membuatkan dia menjadi popular di media sosial.

kisahdunia.com 5fb1b8cc05c95c2a42cdb6e3a36fa488.jpg

Namun baru-baru ini, terdapat satu khabar duka apabila dia dikhabarkan menghidap tumor otak.

Chef Turki bernama Burak Özdemir atau lebih dikenali sebagai CZN Burak, berusia 27 tahun ini dilaporkan meminta agar umat Islam mendoakan pembedahannya berjalan lancar.

Beberapa hari lalu, CZN Burak memuat naik rakaman yang memperlihatkan dia sedang terbaring di atas katil pusat berubatan dengan wayar berselirat.

@cznburak

❤️❤️🤲🤲

♬ ELHAMDÜLİLLAH – 卩卂乃ㄥㄖ

Netizen juga perasan yang badan Burak kelihatan semakin susut dan wajahnya kelihatan penat dan tidak bermaya.

Beberapa hari kemudian, terdapat satu lagi video dimuat naik dan dia telah membuatkan peminat berasa risau. Di kapsyen, Chef Burak menulis, Andai dirinya sudah tiada lagi di dunia ini satu hari nanti, cukuplah namanya dikenang menerusi 1001 kerja kebajikan serta memasak yang pernah dibuat sebelum ini.”

@cznburak

❤️❤️❤️🤲🤲🤲

♬ follow me – 𝚊𝚛𝚊𝚒𝚕𝚢𝚖

Pada hari Ahad, dia telah berkongsi gambar dirinya di atas katil hospital mengatakan bahawa dia hanya pergi untuk pemeriksaan kecil.

Dia dilihat memakai gaun hospital biru dan topi pembedahan di atas kepalanya, dan telah menulis kapsyen dalam bahasa Turki dan Inggeris untuk meyakinkan peminatnya bahawa semuanya baik-baik saja.

Sumber: [1], [2]