Home Entertainment Ji Chang Wook Persis Howl? Dia Belajar Seni Silap Mata Demi ‘The...

Ji Chang Wook Persis Howl? Dia Belajar Seni Silap Mata Demi ‘The Sound of Magic’

0

Siri Netflix ‘The Sound of Magic’ mengisahkan Ri-eul, seorang ahli magis misteri tinggal di sebuah taman tema terbiar dan membantu pelajar sekolah yang hidup susah. Drama fantasi muzikal ini diadaptasi daripada webtoon berjudul ‘Annasumanara’ karya Ha Il-kwon.

Watak Ri-eul, seorang ahli silap mata yang nakal dan berkarisma dimainkan oleh Ji Chang-wook. Dalam satu temu bual, aktor itu berkata dia perlu menempuhi proses untuk menguasai nyanyian, koreografi dan silap mata bagi menjayakan drama tersebut.

3 1

Dia mula mengambil kelas seni silap mata sejak tiga hingga empat bulan lepas dengan bantuan seorang ahli silap mata bernama Lee Eun-gyeol yang mereka adegan magis dan Chang Wook persembahkan sendiri dalam drama itu.

5 1

Selepas habis tengok, sesetengah penonton komen aksi dan peranan Chang Wook mengingatkan mereka pada Howl dalam animasi Studio Ghibli, ‘Howl’s Moving Castle’.

Sambil tersenyum malu Chang Wook berkata, “Malu sungguh ni. Saya pun tengok juga cerita ‘Howl’s Moving Castle’. Jika anda kata [Howl] serupa dengan saya, malu dan segan sangat nak cakap pasal Howl semasa bual bicara ni.

“Tuan pengarah pun asyik cakap tentang Howl. Saya sebenarnya tak nak ikut karakter itu, tapi saya rasa kecenderungan itu ada. Ia fairy tale untuk orang dewasa.”

“Percayakan magis bukanlah nampak pada kuasa ajaib itu, tetapi mengekspresikan keseronokan dan sisi kanak-kanak dalam diri. Itulah magis dalam naskhah ‘The Sound of Magic’.

7 1

Chang Wook memilih drama tersebut kerana berasakan seperti ceritanya sendiri dan turut mengimbas kisah hidupnya yang sukar seperti Yoon Ai (Choi Seong-min) dalam drama itu.

6

“Semasa kecil, pernah suatu ketika hidup saya susah kerana kemiskinan dan saya sangat stress. Bapa saya meninggal awal dan saya membesar bersama emak. Kehilangan itu amat dirasai dan saya segera tersedar pada usia semuda itu bahawa realiti hidup tak mudah.

“Ada momen-momen sukar sebab wang, jadi bila teringatkan zaman kanak-kanak, saya selalu murung. Bagaimanapun kasih sayang mak membuatkan saya melepasi masa sesak itu.” kata Chang Wook.

“Jadi bila baca skrip, saya rasa terpanggil untuk bantu anak (Yoon Ai) itu. Semua orang mungkin boleh relate apabila menonton ‘The Sound of Magic’. Ia cerita tentang kita seperti kemiskinan, wang, pencapaian akademik, impian dan renungan orang lain. Jika anda fokus mesej, cerita ini seronok untuk ditonton.” ujarnya lagi.

Sumber: [1],[2]