Home Entertainment “Saya Berasa Sangat Cemas.” – Kim Seon Ho Luah Perasaan Setelah Dilanda...

“Saya Berasa Sangat Cemas.” – Kim Seon Ho Luah Perasaan Setelah Dilanda Kontroversi

0

Kim Seon Ho meluahkan perasaannya kepada peminat buat pertama kali setelah kontroversi ‘pengguguran kandungan’.

Baru-baru ini pelakon tersebut menulis post panjang di komuniti peminat dalam talian, serta meluah perasaan:

“Ada ketikanya emosi saya tidak surut. Saya minta maaf kerana membuatkan anda melalui masa sukar kerana kegagalan saya. Saya akan lebih menghargai perasaan adan dan jadi aktor yang boleh balas budi anda.

Musim panas menjelang tiba. Masa berlalu dengan pantas. Saya tak pasti adakah sudah terlambat untuk menyatakan ini tetapi saya berasa amat cemas dan bimbang pada saat ini. Masa seolah-olah terhenti, sehari bagaikan sebulan, setahun dan ada masanya sukar untuk mengejar masa yang berdetik mendahului detakan jantung saya.

14

Saya tak dapat rasakan emosi saya. Barangkali bukan saya seorang, mungkin anda turut terluka disebabkan saya. Maafkan saya atas diri yang serba kekurangan ini sehingga menyebabkan anda melewati detik sukar. Di sudut hati anda, mungkin ada parut yang tak mudah dihilangkan.

Kerana sokongan anda, kini perlahan-lahan saya bangkit semula, saya mahu berjalan pantas, namun tidak terlalu laju. Saya akan berusaha jadi pelakon lebih baik dan menjaga hati anda yang begitu berharga. Saya janji tak akan membiarkan anda tunggu terlalu lama.”

Berikut komen-komen netizen Korea di Pann setelah membaca luahannya:

  • Aku serius kesian kat Kim Seon-ho… Dia tak layak dibenci sebegitu rupa. Aku harap dia tak berasa rendah diri dan mampu menjejakkan kaki semula ke dalam industri hiburan.
  • Kim Seon-ho serius bagus. Dalam banyak-banyak pelakon, mana ada ramai staff, pelakon lain, alumni dan ekstra yang pakat datang sokong macam dia. Malah dia post sesuatu di IG kepada peminatnya.
  • Kim Seon-ho adalah mangsa
  • Tak ada sebab untuk dia berasa rendah diri macam tu sekali. Dia cuma tak bertuah jumpa b*tch seperti perempuan itu yang menghuru-harakan hidupnya
  • Insiden itu berlaku semasa Kim Seon-ho sangat cintakan dia. Tetapi bila keluar skandal itu, tak ingat dah berapa banyak komen post selama 3 hari berturut-turut, memaki dan menyumpah seranah dia. Sejak itu aku hilang harapan pada manusia.  

Terdahulu, Kim Seon Ho dipanggang kontroversi panas pada tahun lepas setelah bekas teman wanitanya mendakwa aktor itu memaksa dia menggugurkan kandungan dan enggan bertanggungjawab. Hal ini menyebabkan segala kegiatan seninya tergendala dan digugurkan daripada rancangan ‘1 Night 2 Days’. Namun perlahan-perlahan namanya semakin dibersihkan.

Baca lagi: “Saya Mengandung…” – ‘Dispatch’ Bongkar Mesej Antara Kim Seon Ho & Bekas Kekasih

Baca lagi: “Kim Seon Ho Tolak Semua Projek Tahun 2022 Kecuali….”- Orang Dalam

Sumber: [1]