Home K - Pop “Kim Seon Ho Tolak Semua Projek Tahun 2022 Kecuali….”- Orang Dalam

“Kim Seon Ho Tolak Semua Projek Tahun 2022 Kecuali….”- Orang Dalam

0

Menurut orang dalam industri, pelakon Kim Seon Ho telah memutuskan untuk menolak semua projek baharu pada 2022.

Selepas diselubungi kontroversi yang berkaitan dengan kehidupan peribadinya tahun lepas, Kim Seon Ho memilih untuk menolak semua projeknya kecuali filem ‘Sad Tropics’, di mana dia mendapat watak utama.

kimmm

Memandangkan penggambaran filem itu dijadualkan bermula pada musim sejuk 2021, kia akan memberi kesan yang negative kepada pihak produksi jika watak utamanya menarik diri di saat- saat akhir. Oleh sebab itu, Kim Seon Ho bersetuju untuk kekal sebagai pelakon ‘Sad Tropiks’.

Sad Tropics Cast 1

Produksi kemudiannya memulakan penggambaran pada bulan Disember 2021 dan kini sedang sibuk dengan pengambarannya.

Menurut orang dalam itu juga, Kim Seon Ho tidak akan mengambil sebarang projek baharu pada 2022 kecuali jadual yang berkaitan promosi filemnya, ‘Sad Tropics’.

202110291844 main.cropped 1635507886

Kim Seon Ho dikatakan menolak tawaran untuk pelbagai peranan lakonan serta tawaran model sokongan, tawaran pertemuan peminat di luar negara, dan lain- lain lagi.

Sumber: allkpop