Home K - Pop 8 Jenis Diet Yang Diamalkan Selebriti K-Pop Yang Akan Mengejutkan Anda

8 Jenis Diet Yang Diamalkan Selebriti K-Pop Yang Akan Mengejutkan Anda

0

Telah menjadi kebiasaan artis korea menjalani diet yang ketat terutamanya sebelum membuat debut. Ini kerana mereka mahu kelihatan bagus di hadapan kamera dan di kaca TV.

Dibawah ini merupakan antara artis korea dengan diet yang sangat mengejutkan:

1. IU

7

Semasa berdiet, IU dilaporkan hanya makan sebiji epal, ubi keledek, dan protein shake sepanjang hari!

iu pinterest

Selain mengawal porsi makanan yang kecil, dia juga bersenam setiap hari. Ini menyebabkan peminat kesayangannya bimbang tentang kesihatan penyanyi itu. Dia kehilangan 4 kilogram dalam masa 4 hari sahaja.

2. Ailee

ailee 2

Ailee terkenal dengan diet yang membantunya menurunkan 10 kilogram (22 lbs) dalam masa sebulan sahaja.

Ailee berpegang kepada pelan diet di mana dia makan 500 kalori atau kurang setiap hari. Sebagai contoh, dia akan makan pisang untuk sarapan pagi, satu dada ayam untuk makan tengah hari, dan salad untuk makan malam.

3.Soyou

soyou shares korean idols how to diet tips aims to lose 10kg from 62 4kg weight in two months

Soyou makan sekali sehari untuk menurunkan 8 kilogram (17.6 lbs). Dia makan empat telur puyuh (buang kuning telur) dan minum segelas susu setiap hari.

Selain itu, dia bersenam setiap hari untuk membakar lebih banyak kalori!

4.Suzy

suzy bae

Suzy terkenal dengan transformasi penurunan berat badannya. Dia terpaksa bekerja keras untuk mencapai angka beratnya yang sekarang.

SUZY DIET

Untuk sarapan pagi, dia makan satu dada ayam dan pisang dan minum segelas susu. Untuk makan tengah hari, dia makan nasi perang dan salad sayur-sayuran kecil. Dia menghabiskan hari itu dengan dua ubi keledek.

5. 2AM Changmin

changmin

Changmin telah melakukan salah satu diet yang paling ketat. Sebelum debutnya, berat Changmin lebih 100 kilogram (220 lbs).

Untuk mencapai susuk tubuh yang kurus, dia hanya makan dua blok tauhu sehari sambil berlari enam jam untuk membakar semua berat badannya!

6. Big Bang T.O.P.

ccff29724b18fb80ff91efd24a9ae38b

T.O.P. juga terkenal dengan dietnya yang melampau. Dalam masa 40 hari sahaja, dia mampu menurunkan berat badan sebanyak 20 kilogram (44 lbs).

unnamed 1 2

T.O.P hanya minum air dan makan jeli kacang merah sepanjang proses menurunkan berat badan. Dia juga bersenam setiap hari untuk menurunkan berat badan sebelum debutnya.

7. EXO Xiumin

DczzB27U0AAJwuw

Pernah dipanggil “chubby,” Xiumin memilih untuk menjalani transformasi untuk menurunkan berat badannya yang melampau.

Dia pernah menjalani diet kopi, di mana dia hanya makan sekali setiap dua hari dan selebihnya hanya minum kopi. Semasa mempromosikan lagu “Growl”, beratnya hanya 53 kilogram (117 lbs).

8. TVXQ

TVXQ 3 1

Akhir sekali ialah diet yang paling ekstrem antara diet-diet yang lain. Walaupun kesahihannya tidak diketahui, lima ahli asal TVXQ dilaporkan hanya minum air sepanjang hari sebelum debut mereka!

 

Sumber: allkpop