‘K-drama swasta’ antara Kim Seon Ho dan bekas teman wanitanya, Choi Young Ah ini penuh dengan plot twist, klimaks dan tidak diketahui sampai episod berapa agaknya cerita mereka ini.

Skandal pengguguran kandungan bukan lagi rahsia peribadi mereka sebaliknya sudah jadi tajuk muka depan media yang setia jaga tepi kain mereka dan topik hangat orang awam.

Terdahulu Dispatch, media Korea paling dipercayai netizen dengan konten eksklusifnya mendedahkan sejarah percintaan antara Kim Seon Ho dan Choi Young Ah yang menuduh bintang Korea itu paksa menggugurkan kandungan.

unnamed 1

Benarlah kata orang, setiap duit syiling mempunyai dua sisi dan tidak boleh dengar cerita pada satu pihak sahaja. Semalam, pada 1 November Dispatch telah menyelak dan membongkar mesej perbualan di antara Kim Seon Ho dan Choi Young Ah di KakaoTalk dari detik pasangan itu bakal menimang orang ketiga dalam hidup mereka sehinggalah hubungan putus:

unnamed 2

Bekas teman wanita, Choi Young Ah khabarkan Kim Seon Ho tentang kehamilannya semasa pelakon itu sedang menjalani penggambaran ‘2 Days 1 Night’.

unnamed 3

Choi Young Ah (CYA): Saya mengandung. Enam minggu.

Kim Seon Ho (KSH): Apa… Apa kita nak buat ni?

CYA: Klinik ni tak tawarkan pengguguran. Jadi kalau saya tak nak baby ni, diaorang akan refer saya ke tempat yang ada servis tu.

KSH: Hmm. Okay, jom fikir pasal ni sama-sama.

CYA: Yeah, kita kena tengok segala pilihan kita ni, Tapi saya memang tak ada niat nak buat awak terikat dengan baby ni. Saya sejujurnya tak nak apa-apa kecuali cinta awak. Saya cuma teragak-agak sebab doktor kata kalau nak buang baby ni sekarang, mungkin akan susah nak dapat anak pula nanti.

KSH: Mm. Okay. Bagi saya masa untuk fikir kejap, tapi jangan risau sangat.

unnamed 4

CYA: Sorry, saya tahu awak kat set. Saya takutkan awak ke?

CYA: Saya harap ni tak betul. Lebih baik kalau baby datang kemudian…

KSH: Tak, tak.

CYA: Saya rindu awak.

KSH: Saya pun rindu awak dan sorry sebab tak ada di sana dengan awak.

CYA: Tak apa. Ini pun saya dah syukur.

KSH: Kita boleh fikir hal ni dan buat keputusan bijak sama-sama.

KSH: Tak ada apalah nak risau.

Kim Seon Ho beri sokongan tak berbelah bagi bila dapat berita kehamilan itu.

unnamed 5

KSH: Tengah buat apa tu?

CYA: (Gambar)

CYA: Ada je ni kat tepi jalan, termenung kejap.

KSH: Haha.

KSH: Apa pun…

KSH: Saya rasa sekurang-kurangnya kita kena beritahu parents saya.

CYA: Okay, hehe. Saya dengar cakap awak dan pakai mask walaupun saya sorang.

KSH: Aw, bagusnya! Cantik betul.

CYA: (Emoji love)

KSH: (Emoji love)

KSH: Sayang.

KSH: Tak kira apa jadi…

KSH: Saya akan jaga awak.

KSH: Jadi stop bimbang dan balik rumah. Pergi rehat.

CYA: Babe… Jantung saya tak duduk diam! Kata-kata awak buat saya sebak. Terima kasih sangat.

KSH: Saya cintakan awak

Kim Seon Ho ajak kahwin

unnamed 6

KSH: Hey, sayang?

CYA: Kita kena bincang.

KSH: Kita kena kahwin.

KSH: Awak dah tak ada pilihan sekarang.

KSH: LOL.

CYA: Awak buat saya blush.

KSH: Kita patut buat perancangan sepanjang minggu ni.

KSH: Kita akan beritahu parents saya dan settle semua sekali minggu depan.

Kim Seon Ho cuba menenangkan bekas girlfriend dia yang bimbangkan baby, bakal pengguguran dan masa depan mereka.

unnamed 7

CYA: Okay! Mulai sekarang, saya akan kongsi apa saja dengan awak, apa-apa je.

CYA: Thank you… Saya tahu awak ada banyak benda nak fikir.

KSH: No problem. I love you.

KSH: Dan selagi kita lalui ni sama-sama, saya happy.

KSH: Saya cuma risau sebab nanti awak mungkin dah tak boleh ada anak lagi.

KSH: Dan pengguguran tu saja perkara besar, tau.

CYA: Ya, saya tau. Sebab itulah saya asyik kata kan best kalau kita ada lebih banyak masa untuk bercinta…

CYA: …sebelum baby datang.

unnamed 8

KSH: Saya nak rezeki ni untuk kita. So saya sedih bila jadi macam ni.

CYA: Saya tahu. Jom kita fikir lagi macam mana.

KSH: Awak tahu pasal ni kan?

KSH: Sudah tentu kita akan okay. Nanti kita hadapinya sama-sama.

KSH: Saya tak pernah sayangkan siapa-siapa dalam hidup saya sebagaimana saya sayangkan awak.

CYA: Saya pun sama. Saya pun tak sangka ter-mengandung.

Kim Seon Ho nak hadapinya bersama Choi Young Ah

unnamed 9

KSH: Nanti, kita buat keputusan dan hadapinya sama-sama. Okay?

CYA: Okay. Saya percayakan awak, my best friend.

CYA: Tak kira apa jadi… Kita tetap kuat dan takkan lukakan antara satu sama lain.

KSH: Ya, maksud saya, I love you so much…

KSH: …tapi kita kena fikir juga pasal keluarga dan situasi kita sekarang kan?

KSH: Kedua-dua parents kita. Apa pun, saya tahu kita boleh buat ni.

CYA: Kita boleh buat ni. Macam tak percaya kita tak matang dulu.

unnamed 10

KSH: …dan saya patah hati.

Choi Young Ah bukan beban dalam hidup Kim Seon Ho

KSH: Tapi pada masa yang sama, saya teruja tentang kita.

KSH: Saya harap awak bukan tengah menangis sekarang.

KSH: Hello?

KSH: Saya tengah standby sebab dah mula hujan.

CYA: I see, I see.

KSH: Awak okay ke ni? Saya rasa awak tengah down ni.

CYA: Maksud saya… Ini pun kali pertama saya juga.

KSH: Haha.

CYA: Saya sungguh tak nak bebankan awak. Saya tak boleh berhenti fikir yang saya mungkin menyekat jalan awak untuk berjaya.

KSH: Tapi awak tak.

Kim Seon Ho cuba bertanggungjawab

unnamed 11

KSH: Saya tahu benda ni bukan mudah bagi awak.

KSH: Tapi saya rasa awak sebahagian daripada diri saya sekarang.

KSH: Tak tahulah, saya rasa pelik je. Mungkin sebab saya masih muda.

CYA: Haha. Tak, saya faham. Saya pun rasa benda yang sama.

CYA: Saya takut dan bimbang.

unnamed 12

. CYA: Saya patut fokus buat duit juga.

CYA: Saya tak sangka benda ni berlaku. Jadi saya cuba figure out apa saya patut buat lepas ni.

CYA: Biasalah kita react macam ni. Bukan benda teruk pun.

KSH: Ya, sama.

KSH: Saya rasa sangat happy.

KSH: Haha. Mesti kita ni dah satu keluarga.

KSH: Tapi seriously, sayang. Saya memang nak kahwin.

unnamed 13

KSH: Saya tak bawa topik ni sebab macam bodoh.

KSH: Tapi saya ada movies yang nak kena sign.

KSH: So… kalau saya berundur, saya akan rugi dari segi kewangan. Saya tak boleh nak bayangkan pasal tu. Haha.

KSH: Pathetic-nya saya.

CYA: Tak, awak bukan. Awak patut fikir juga pasal tu.

KSH: Tapi mungkin perkara tu tak penting.

KSH: Itu je benda yang membimbangkan saya.

KSH: Mak dan ayah saya mesti terkejut, tapi mereka akan faham.

unnamed 14

KSH: Dan… apa jadi kalau saya berhenti berlakon?

KSH: Saya rasa itu mungkin susah bagi saya.

CYA: Bukan senang nak jadi parents bila awak tak ready.

CYA: Saya tak rasa kita patut teruskan.

KSH: Saya tak kata kita tak patut teruskan.

KSH: Saya cuma rasa sejujurnya itu yang saya rasa tentang karier saya.

CYA: Dan saya tak suka idea kahwin sebab saya pregnant.

CYA: Saya tak nak kita terus dating sebab awak rasa bertanggungjawab tentang kita.

KSH: Tak, I love you.

KSH: Saya cuma suka berlakon juga. Sedihnya bila dah tak boleh berlakon.

KSH: Apa pun, inilah sebabnya saya asyik cakap kita kena sangat berhati-hati bila buat keputusan. Tak ada penyesalan, kan?

Kim Seon Ho masih sayangkan girlfriend dia selepas pengguguran itu.

unnamed 15

KSH: Saya betul-betul cintakan awak.

KSH: Sangat.

KSH: Awak salah satu tujuan dalam hidup saya.

KSH: Saya anggap awak dah macam keluarga.

KSH: Dan sorry sangat sebab saya runsing dan tak rileks hari ni.

KSH: Saya patut lebih faham awak.

CYA: Thanks, sebab cakap macam tu.

KSH: Saya minta maaf sebab kadang perangai macam budak-budak.

KSH: Tapi mari kita mendewasa bersama-sama.

KSH: Sorry, sayang.

Kata Dispatch lagi, pasangan itu masih saling sayang-menyayangi sehinggalah penghujung tahun 2020. Sekitar Krismas, bekas teman wanitanya hantar gambar beg mewah baru kepada Seon Ho dan sejambak bunga ros yang diterimanya (mungkin daripada Kim juga).

unnamed 16

CYA: Sejuk, kan?

KSH: Ya, sejuk sikit.

KSH: Harap hari ni awak tak penat sangat, sayang.

CYA: Boleh tak awak ambil cuti hujung minggu ni? Mesti awak yang penat.

CYA: Saya dah siap bersenam dan keluar shopping beli beg.

KSH: Nak tengok, boleh?

CYA: (Gambar)

unnamed 17

Tahun 2021- Hubungan mereka berantakan. Kim Seon Ho selalu jadi orang paling last tahu. Dia orang terakhir tahu kalau teman wanitanya itu pernah bercerai sebelum ini, kekasihnya diancam bekas suami, keluar dengan lelaki-lelaki lain dan simpan audio dan rekod tentangnya.

Akhirnya mereka putus bukan sebab Kim berubah personaliti, tapi wanita berkenaan ada isu peribadi. Ini kawan Young Ah yang cerita pada Dispatch.

unnamed 18

KSH: Mari hentikan semua ni. Perkara ni melukakan kita berdua. Saya rasa kita berbeza idea bila bercinta. Kita berlainan fahaman.

CYA: Please, saya akan dapatkan kepercayaan awak balik. Saya tak akan pernah tipu awak lagi atau sorok apa-apa.

KSH: Awak orang baik. Awak patut date dengan orang yang deserve awak. Tamatkan semuanya di sini. Saya tak nak tengok muka awak lagi.

CYA: Saya minta maaf buat awak sedih.

KSH: Ya. Dan saya bersyukur awak mengaku kebenarannya. Malah saya faham awak sebenarnya dari mana. Tapi saya rasa dah tak boleh terus jumpa awak.

CYA: Saya hanya nak jadi orang terbaik untuk awak. Saya selalu rasa teruk, dan patut berhenti tipu awak… yang saya patut berhenti jadi bayang-bayang dan beritahu cerita sebenar. Tapi saya masih beralasan dengan diri sendiri.

CYA: Tolong bagi saya peluang lain. Saya bukan penipu tegar. Saya boleh berubah.

KSH: Ini betul-betul meremukkan hati saya. Ingat lagi masa kita bergaduh tentang segala penipuan awak? Tak lama dulu. Awak tak lupa, kan?

KSH: Bukan lama mana pun sejak awak tipu tentang benda remeh. Saya tak ungkit sebab rasa macam itu bukan benda besar. Tapi cakap kat saya, macam mana saya nak faham yang kekasih saya menipu saya untuk melepak dengan mana-mana jantan entah? Lagi dan lagi?

KSH: Awak kata ‘sorry, sorry, sorry’, tapi tetap menipu. Awak tak ada kejujuran dan tak bermoral. Bagaimana saya nak terus sayangkan awak?

KSH: Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya bila dengar cerita awak ni dari mulut orang lain? Malah saya pura-pura buat tak tahu pasal mereka…sampailah awak menipu setepek atas muka saya lagi.

KSH: Saya dah cakap kat awak masa kita mula-mula bercinta dulu yang saya faham kalau awak nak pergi clubbing dengan mana-mana jantan. Cuma saya nak awak jujur dengan saya.

KSH: Tapi pada hari kita berjanji-janji nak kongsi masa depan bersama, awak mungkir janji tu dan dengan tak malunya berbohong atas muka saya.

CYA: Saya minta maaf sangat sebab buat awak rasa macam tu… saya betul-betul tak nak tipu awak lagi. Saya tak akan tikam belakang awak, saya janji.

KSH: Young Ah, tolonglah. Dah tak ada masa depan untuk kita lagi.

Kawan Young Ah beritahu Dispatch, wanita itu tak pernah terima perpisahan itu. Dia pergi kuil, gereja, jumpa ahli nujum minta Seon Ho kembali kepadanya. Kalau tak dapat, dia akan tarik lelaki itu ke bawah…

Kemudian bermulalah episod hitam dalam karier Kim Seon Ho. Terkini awan kelabu itu perlahan-lahan berarak pergi, sempat turunkan hujan untuk mencuci imejnya semula. Semoga kerjayanya kembali disinari mentari dan pelangi secerah senyumannya dalam Hometown Cha-Cha-Cha.

Sumber: [1], [2]

Previous articleKenapa Wajah Bintang K-Pop Nampak Lebih Kurang Sama?
Next articleBerapa Harga Song Hye Kyo Caj Untuk Iklan Di Instagram?