Home Business Berapa Harga Song Hye Kyo Caj Untuk Iklan Di Instagram?

Berapa Harga Song Hye Kyo Caj Untuk Iklan Di Instagram?

0

Endorsement merupakan istilah popular dalam pemasaran di media sosial. Perkataan dalam bahasa Inggeris itu bermaksud sokongan atau pengesahan.

Menurut The Economic Times via Kompas, endorsement atau endorse adalah salah satu bentuk iklan atau promosi yang menggunakan khidmat figura awam atau selebriti terkenal yang diikuti oleh ramai orang.

Dalam satu rancangan temu bual TMI News, aktres Song Hye-kyo berada di kedudukan ke-12 sebagai selebriti termahal yang jadi endorser dan duta jenama di Korea Selatan.

Pelakon berusia 39 tahun itu dilaporkan meletakkan harga US$42,000 untuk satu episod dalam drama dan sekurang-kurangnya US$ 765,801 atau 900 juta won untuk endorse produk.

Meskipun kadar harga yang diletakkan oleh Kyo itu mahal bagi kita, ada lagi selebriti yang memperoleh pendapatan lebih tinggi daripadanya sebagai duta jenama:

  1. BTS: 62 billion won
  2. Pelakon Kim Soo-hyun: 30 billion won
  3. Pelakon Jun Ji-hyun: 20 billion won
  4. Pelakon Gong Yoo: 17.2 billion won
  5. Pemain bola sepak Son Heung-min: 15.6 billion won

Di samping itu, Hye-kyo turut mengenakan caj sekurang-kurangnya 540 million won (hampir 2 juta ringgit) untuk satu post tajaan di akaun laman Instagram yang diikuti 12.1 juta pengikut saat artikel ini ditulis.

https://www.instagram.com/p/CMODNE-lEDD/

Menurut portal AsiaOne, aktres berkenaan turut dilaporkan sangat selektif tentang jenama yang akan diberi publisiti dan telah menandatangani empat perjanjian endorsement untuk tahun ini sahaja yang bernilai 3.6 billion won (sekitar 12 juta ringgit).

Terbaharu beliau membintangi siri drama ‘Now, We Are Breaking Up’ di sisi Jang Ki-yong.