Home Kdrama/Kmovie Senarai 7 Drama Korea Dengan Ending Tragis, ‘Sure’ Menangis

Senarai 7 Drama Korea Dengan Ending Tragis, ‘Sure’ Menangis

0

Sudah menjadi kebiasaan kisah menyedihkan dibawakan menjadi sebuah drama oleh dunia hiburan di Korea Selatan.

Banyak-banyak genre, drama korea suka mengetengah kisah romantis sehinggakan ramai penonton tertunggu-tunggu dengan sambungan setiap episod.

Sudah tentu, rata-rata peminat drama Korea gemar kisah yang berakhir dengan bahagia. Namun berbeza dengan deretan drama ini.

Dua sejoli harus terpisah selamanya kerana penyakit yang membawa m4ut. Ada yang mampu menerima pemergian orang yang dicintai dengan redha, namun ada juga yang tak sanggup menerima kenyataan itu.

Deretan drama Korea dengan ending tragis ini membuat penonton merasakan kesedihan yang mendalam. Tak sedikit pencinta drama ini juga turut menitiskan air mata.

Nah, drama yang mana mengundang airmata penonton? Berikut rangkuman dari kami berdasarkan berbagai sumber.

1. A Thousand Days Promise

bw121

Drama ini dibintangi oleh Soo Ae dan Kim Rae-won sebagai pasangan suami isteri. Penonton dibawa emosi ketika Soo-Ae mengalami lupa ingatan.

Soo Ae mengidap alzheimer, satu persatu kenangan bersama Rae-won mulai dia lupakan. Dengan sabar Rae-won menghadapi Soo Ae hingga aj4l menjemput isteri.

2. Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo

bw122

Kisah cinta antara IU dan Lee Joon-gi ini berakhir dengan tragis. Padahal kedua-duanya sudah berusaha memperjuangkan cintanya sehabis mungkin.

IU menghidapi penyakit dan tak sembuh-sembuh. Sehingga dia harus menutup mata untuk terakhir kalinya, sebelum sempat bertemu dengan Lee Joon-gi lagi.

3. 49 Days

bw123

49 Days bercerita tentang seorang gadis yang dilakonkan oleh Nam Gyu-ri mengalami kemalangan kereta. Dia koma dan rohnya keluar dari tubuhnya.

Roh Nam Gyu-ri harus mengumpulkan 3 titis air mata dari orang yang tulus menyayanginya, agar terus tetap hidup dan diberi waktu selama 49 hari. Namun akhirnya Gyu-ri tetap men1nggal kerana ada pembuluh darah yang pecah.

4. Spring Day of My Life

bw124

Sooyoung menderita penyakit dan memerlukan penderma jantung secepatnya.Selepas itu dia berjaya mendapatkan penderma jantung dari korban kemalangan, Sooyoung kembali pulih seperti sedia kala.

Namun setelah 5 tahun berlalu, penyakit Sooyoung kembali muncul. Kali ini dia merasa sudah menyerah dengan penyakitnya itu. Justru dia memiliki niat untuk mendermakan kornea matanya bagi orang yang memerlukan.

5. Uncontrollably Fond

bw117

Drama Korea ini berkisah tentang dua sejoli dari bekas kawan sekolah yang bertemu kembali setelah sekian tahun lamanya. Pada pertemuan yang baru itu keduanya sudah memiliki pekerjaan masing-masing. Bae Suzy menjadi seorang wartawan sedangkan Kim Woo-bin menjadi model.

Jalinan kisah asmara mereka mula berkembang seiring berjalannya waktu. Namun kisah akhir Uncontrollably Fond berakhir sad ending, Kim Woo-bin menderita tumor otak. Nyawanya tak dapat diselamatkan, dia memejamkan mata di bahu Bae Suzy. Sedih!

6. Stairway to Heaven

bw118

Drama Korea ini pernah hits suatu masa dulu. Dibintangi oleh Kwon Sang-woo dan Choi Ji-woo. Pasangan yang saling jatuh cinta sejak kecil ini harus menghadapi berbagai rintangan sejak awal.

Bermula dari adanya orang ketiga, Choi Ji-woo lupa ingatan, hingga penyakit kanser mata yang diderita Choi Ji-woo.

Sehingga pengakhiran drama Korea ini terus membuatkan penonton terharu. Meskipun Choi Ji-woo telah ditawarkan mata didermakan oleh abangnya, namun dia tewas melawan penyakit m4ut itu.

7. Autumn in My Heart

bw120

Autumn in My Heart dibintangi oleh Song Seung-heon, Song Hye-kyo, Won Bin, Han Chae-yong, dan ramai lagi. Song Seung-heon dan Song Hye-kyo saling jatuh cinta, namun saudara angkat menjadi penghalang di antara mereka.

Setelah meningkat dewasa, cinta keduanya tak mampu lagi dikawal. Namun Song Hye-kyo ternyata mengidap kanser darah, dia mengembuskan nafas terakhir ketika didukung Song Seung-heon.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Daebaking

Sumber: hangat.com