Tahun lepas, Foodpanda dianggarkan telah kehilangan 2 juta pengguna dan 90,000 peniaga di Thailand. Semuanya kerana kesilapan yang satu ini. Inilah apa yang berlaku

Seperti yang kita lihat di berita tahun lepas di mana beribu-ribu orang di Thailand memprotes ke atas kerajaan dan Raja mereka. Nah, ‘rider’ ini memutuskan untuk menyertai protes, membakar imej raja dengan beg Foodpandanya masih terletak elok di motornya.

Daripada menyokong kebebasan bersuara dan cuba memahami kesakitan dan kemarahan rakyat Thai, Foodpanda sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter yang menggelar ‘rider’ ini sebagai Pengganas dan mengancam untuk memecatnya serta-merta.

“Kami secepatnya akan berurusan dengannya di bawah polisi syarikat. Dia akan dipecat serta merta. Sila ambil perhatian bahawa Foodpanda mempunyai dasar menentang keganasan dan semua jenis keganasan,” tweet FoodPanda daripada akaunnya @foodpanda_th

Ini telah menyebabkan kemarahan netizen Thai dan hashtag #BanFoodPanda telah menjadi tular dengan lebih 1 juta tweet. Foodpanda kemudiannya meminta maaf tetapi kerosakan telah pun berlaku.

“Foodpanda menjamin kebebasan bersuara dan bersuara bukan keganasan dan ‘rider’ tersebut tidak akan dipecat.”– Foodpanda_th

Ramai riders kehilangan sehingga 50% daripada pendapatan harian mereka dan tidak dapat menyara keluarga mereka lagi.

Seorang rider Foodpanda menyiarkan gambar dirinya dengan jaket Foodpanda dan memberi hormat tiga jari, simbol gerakan reformasi anti-kerajaan Thai.

Screenshot 2022 05 17 170148

 “Saya suka jaket ini. Ia membolehkan saya mencari rezeki. Saya suka bekerja sebagai rider di bawah nama Foodpanda. Tetapi saya benci syarikat yang melihat orang sebagai pengganas. Jika saya akhirnya kehilangan pekerjaan kerana kebodohan dan mementingkan diri syarikat yang buruk ini, saya dengan senang hati akan menerimanya,” tulis pengguna Facebook Dung Pan-in Saengsila.

Beberapa restoran juga telah mengumumkan penarikan diri mereka daripada perkongsian perniagaan dengan aplikasi itu, termasuk Mini Bear, Roastery at Home, Kinmon Salmon BKK dan banyak lagi.

Baca lagi: “Saya Akan Bunuh Awak,” Yujeong Brave Girls Diugut ‘Haters’ Dan Digelar Bab1

Baca lagi: Dari Menjadi Seorang Pelatih Di ‘Produce 48’, Gadis Ini Kini Telah Menjadi ‘Banduan’

Sumber: [1], [2]

Previous articleDari Menjadi Seorang Pelatih Di ‘Produce 48’, Gadis Ini Kini Telah Menjadi ‘Banduan’
Next articleAktres Korea Tepis Fitnah Seorang YouTuber, Post 3 Foto Termasuk Tidur Di Dalam Kelas Sebagai Bukti