Home Entertainment Dari Menjadi Seorang Pelatih Di ‘Produce 48’, Gadis Ini Kini Telah Menjadi...

Dari Menjadi Seorang Pelatih Di ‘Produce 48’, Gadis Ini Kini Telah Menjadi ‘Banduan’

0

Peminat filem sedang menantikan persembahan pelakon muda Hong Ye-ji, yang pernah bersaing dalam “Produce 48”, dalam filem “2037” yang akan ditayangkan bulan Jun ini.

Selepas muncul dalam “Produce 48”, Hong Ye-ji mencipta nama sebagai seorang pelakon dengan membuat debut filemnya dengan memegang watak utama pertamanya dalam filem “2037”.

hong ye ji 12052022 3

“2037” ialah sebuah drama yang mengisahkan tentang orang dewasa yang ingin memberikan semangat dan harapan kepada seorang gadis yang berusia 19 tahun.

Hong Ye-ji memainkan watak Yoon Young, yang dipenjarakan kerana melakukan pembunuhan kerana insiden yang tidak dijangka.

Di dalam setiap episod, akan diceritakan kisah-kisah banduan wanita yang dipenjara atas kes-kes yang berbeza.

Baca lagi: “Lemah semangat ni rasanya..” – Didakwa Dirasuk Selepas Tonton Filem Tular

Baca lagi: Tiada Kumpulan Lelaki Lain Mampu Mempunyai Peminat Lelaki Yang Ramai Melainkan Big Bang, Netizen Beri Sebab Padu!

hong ye ji 12052022 5

Hong Ye-ji merupakan bekas pelatih Mnet “Produce 48”, yang telah membentuk kumpulan perempuan IZ*ONE pada tahun 2018.

Walaupun tidak mempunyai pengalaman berlakon, Hong Ye-ji telah dipilih untuk melakonkan watak utama melalui uji bakat untuk “2037” dan dia telah mengejutkan pasukan produksi dengan kemahiran lakonannya yang luar biasa.

“2037”, dikatakan menghubungkan filem “Hamoni” dan “Miracle in Cell No.7”, dengan harapan dapat diterima oleh semua generasi. Ia akan ditayangkan pada awal bulan Jun ini.

hong ye ji 12052022 4