Home Entertainment Aktres Korea Tepis Fitnah Seorang YouTuber, Post 3 Foto Termasuk Tidur Di...

Aktres Korea Tepis Fitnah Seorang YouTuber, Post 3 Foto Termasuk Tidur Di Dalam Kelas Sebagai Bukti

0

Baru-baru ini, aktres Yoon Jin Yi terjebak dengan khabar angin yang ditiup kencang oleh seorang YouTuber.

Dia digosipkan bekerja di bar sebelum debut berlakon dan didera pengurusnya selepas debut. Video tersebut meraih sekitar 400,000 tontonan.

1 4

Bagi menyangkal dakwaan itu, Jin Yi memuat naik tiga keping foto zaman kolej di Instagram dan mendapat perhatian ramai untuk membuktikan dia adalah seorang pelajar yang suci murni.

Memori yang tersimpan adalah dia melepak bersama rakan-rakannya dan tidur di dalam kelas.

4 5

3 5

2 4

“Saya masuk ke dalam jabatan teater dan filem ni untuk jadi pelakon, cita-cita saya sejak kecil dan tandatangan kontrak eksklusif dengan agensi yang datang ke fakulti untuk uji bakat. Mana ada saya buat kerja lain kecuali jadi pelajar dan pelakon.” tulisnya di kapsyen.

Sementara itu, Yoon Jin Yi semakin bersinar setelah membintangi drama KBS ‘Young Lady and Gentleman’ sebagai Lee Se-ryun. Menerusi drama ini, aktres tersebut mendapat tempat ke-8 dalam ranking dalam enjin carian berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Good Data Corporation, sebuah institut penyelidikan TV di Korea.

Sumber: [1]